COVID-19: Lepasi sejuta kes, lebih 50k kematian

Malaysia di tangga ke-27, tertinggi di Asia Tenggara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jangkitan COVID-19 di seluruh dunia telah melibatkan 180 negara dengan mencatat angka 1,013,374 kes dan 52,986 kematian setakat semalam.

- Advertisement -

Berdasarkan data dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Amerika Syarikat merekodkan angka terbesar dengan 243,453 kes dan 5,926 kematian.

Jumlah itu jauh mengatasi Itali yang kini dengan 115,242 kes, namun mencatat kematian tertinggi apabila 13,915 nyawa telah terkorban dan dihampiri Sepanyol.

Malaysia walaupun semakin baik dengan menurun tangga ke-27, tetapi masih tertinggi berbanding semua negara Asia Tenggara lain yang berada di kedudukan 31 dan ke bawah.

Bagaimanapun, graf kes yang direkodkan menunjukkan peningkatan membimbangkan, namun pakar-pakar kesihatan sedunia yakin ia dapat diperangi.

Coronavirus yang menerima kes pertama pesakit pada 8 Disember tahun lalu di wilayah Wuhan, China telah memasuki hari ke-119 pada hari ini. – HARAKAHDAILY 4/4/2020

- Advertisement -