Ustaz Marzuk pastikan tujuh beranak dapat berteduh

- Advertisement -

PENGKALAN CHEPA: Nasib tujuh sekeluarga yang kini terpaksa berteduh di binaan separa siap setelah terpaksa keluar dari rumah sewa mereka mendapat perhatian pimpinan kerajaan di negeri ini.

- Advertisement -

Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama, Ustaz Ahmad Marzuk Shaary antara yang mengarahkan pihaknya memastikan segera sumbangan barangan asas dan wang tunai bagi keperluan keluarga teruji ini.

Ketua keluarga, Mohd Noor Hassan, 47, hanya bekerja sebagai ‘runner’ bagi urusan pembelian alat ganti kenderaan dengan gaji cuma RM900 sebulan, sedang isteri suri rumah disamping lima anak.

Anak perempuan pertama dan kedua bersekolah di tingkatan 3 dan 2, manakala tiga anak lelaki masing-masing di tahun 6 dan 4, sementara yang bongsu berumur 5 tahun.

Sehubungan itu, Ustaz Marzuk menerusi Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pengkalan Chepa telah menyampaikan sumbangan menerusi wakil peribadi beliau, Muhammad Abdul Munib Assyakirin Zakaria.

Malah, sebagai komitmen beliau bagi memastikan usaha menyiapkan binaan sedang didirikan keluarga tersebut, Ustaz Marzuk juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10,000.

Terdahulu, Penghulu Mukim Landak, Mat Arshad Mamat telah mengusahakan bantuan awal Kerajaan Negeri Kelantan sebanyak RM5,000 untuk pembelian barangan binaan.

Malah, perkara ini turut mendapat perhatian Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah yang mengarahkan supaya dipermudahkan keperluan keluarga ini tanpa membelakangkan situasi ketika ini.

Peringatnya, ketika sama memenuhi Perintah Kawalan Pergerakan memandangkan kejiranan keluarga ini berada dalam zon kuarantin di mana banyak rumah terlibat kontak dari mereka yang positif COVID-19. – HARAKAHDAILY 31/3/2020

- Advertisement -