Demi nasib dan masa depan ummah

Demi nasib dan masa depan ummah
- Advertisement -

KITA telah bermuafakat menjalin kerjasama politik, dua parti Melayu Islam terbesar dalam negara kerana mahu membela dan mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Umno dan PAS menjalin kerjasama melalui Piagam Muafakat Nasional atas desakan politik semasa pasca PRU14 apabila DAP muncul dominan dalam kerajaan.

Nasib dan masa depan umat Melayu Islam terancam apabila DAP yang bagaikan kaduk naik junjung bersungguh mahu merubah dan memunggah segala status quo dan kepentingan ummah demi agenda politik ekstrem dan rasis mereka.

- Advertisement -

Lalu apabila ada peluang merubah komposisi kerajaan, menyingkirkan DAP dan terompah mereka PAN, serta mengembalikan dominasi Melayu Islam dalam Kerajaan PAS dan Umno bersetuju untuk ambil bahagian setelah Tun melancarkan ‘move’ beraninya.

Tiba-tiba Tun terbit dengan cadangan baru, kerajaan semua parti termasuk DAP, sesuatu yang sama-sekali berbeza dari ‘move’ asal dan memaksa PAS dan Umno menerima DAP sedangkan DAP lah punca konflik politik ummah dalam negara.

Atas alasan itu dan demi mempertahankan maruah ummah yang lebih penting dari kedudukan dan jawatan PAS dan Umno memutuskan untuk menolak cadangan baru Tun dan mendesak sebagai penyelesaian agar Parlimen dibubarkan.

Kita tidak rela bersekongkol dengan mereka yang rasis dan ekstremis pelopor gagasan ‘Malaysian Malaysia’. InsyaAllah kita perkasakan Muafakat Nasional. Istiqamah hingga kemenangan.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 26/2/2020

- Advertisement -