
TEHRAN: Iran menolak ugutan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang memberi tarikh akhir pada Selasa ini, esok (7 Mac) agar Tehran membuka semula laluan di Selat Hormuz, dengan menegaskan ancaman dan tindakan melulu ‘tali baru utama’ Zionis Israel itu akan menyebabkan ‘seluruh wilayah (rantau) Asia Barat bakal terbakar’.
Speaker Parlimen Iran yang berpengaruh, Mohammad Bagher Ghalibaf dalam kenyataannya di laman X pada Ahad berkata, ugutan Trump juga bakal menjerumuskan AS dan rakyatnya ke kancah kemusnahan.
“Tindakan melulu anda akan mengheret Amerika Syarikat ke ‘neraka’ (dunia) bagi setiap keluarga, dan seluruh rantau (wilayah) kami akan terbakar kerana anda berkeras mengikut telunjuk Netanyahu,” tulisnya dalam bahasa Inggeris di X, merujuk kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Menurut beliau, satu-satunya penyelesaian sebenar adalah menghormati hak rakyat Iran dan menamatkan permainan berbahaya tersebut,
Kenyataan itu menyusuli serangan Trump yang penuh dengan ugutan dan ancaman bersiri terhadap Iran, di mana beliau memperbaharui ancamannya untuk melancarkan pengeboman berat ke atas loji janakuasa dan jambatan Iran jika Tehran enggan membuka sekatan Selat Hormuz yang strategik.
Terdahulu, Trump berkata tarikh akhir untuk Iran membuka Selat Hormuz atau berhadapan serangan ke atas infrastruktur kritikal di Iran adalah pada petang Selasa, merujuk kepada temu bual yang diberikannya kepada Wall Street Journal pada Ahad.
“Jika mereka tidak melakukan sesuatu menjelang petang Selasa, mereka tidak akan mempunyai sebarang loji kuasa dan mereka tidak akan mempunyai sebarang jambatan yang berdiri,” kata Trump.
Trump kemudiannya menyiarkan di media sosial, tanpa menyebut Iran atau sebarang butiran lain, “Selasa, 8 malam Waktu Timur!”
Wakil Rumah Putih tidak dapat dihubungi media yang segera untuk mendapatkan komen mengenai catatan tersebut.
Dalam catatan berasingan sebelum ini juga pada Ahad, Trump berkata Iran akan menghadapi serangan infrastruktur jika ia tidak membuka selat itu menjelang Selasa, tetapi tidak memberikan masa yang khusus.
Sejak AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada 28 Februari 2026, serangan AS-Israel telah membunuh beribu-ribu orang di Iran, manakala Tehran telah membalas dengan menyasarkan infrastruktur tenaga dan menyekat lalu lintas melalui Selat Hormuz, membenarkan laluan hanya untuk negara yang dianggapnya ‘tidak bermusuhan’. – HARAKAHDAILY 6/4/2026




















