Amerika Syarikat-Israel bunuh 1,443 orang awam Iran

- Advertisement -

TEHRAN: Sekurang-kurangnya 1,443 orang awam telah terbunuh, termasuk 217 kanak-kanak angkara jenayah perangan serangan Amerika Syarikat dan Zionis Israel ke atas Iran sejak hari pertama pada 28 Februari 2026.

- Advertisement -

Kumpulan hak asasi manusia yang berpangkalan di AS, HRANA dalam kenyataannya, lapor Iran International, telah menampilkan data agregat  tersebut yang dikumpulnya sejak hari pertama serangan AS-Israel ke atas Iran sejak 28 Februari 2026.

Angka terkini korban yang dilaporkan media kerajaan Iran pula meletakkan jumlah kematian mencecah 1,270 orang, manakala duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 6 Mac 2026 berkata, sekurang-kurangnya 1,332 terkorban.

Namun tiada penjelasan diberikan mengenai perbezaan angka tersebut dan tidak dipastikan adakah angka itu termasuk sekurang-kurangnya 104 nyawa yang menurut kenyataan pihak tentera Iran, telah terkorban dalam serangan AS ke atas sebuah kapal perang Iran di luar pantai Sri Lanka pada 4 Mac lalu.

Dalam pada itu menurut kenyataan HRANA, pada 23 Mac sahaja pula, sekurang-kurangnya 36 orang awam terkorban dan 138 cedera di seluruh Iran.

“Angka korban direkodkan dari minit-minit pertama hari itu hingga akhir 23 Mac, waktu Tehran,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan HRANA, angka tersebut adalah berdasarkan insiden yang direkodkannya dengan enggunakan nilai minimum untuk kes di mana korban dilaporkan sebagai ‘lebih daripada’ bilangan sebenar. 

Sementara menurut laporan Reuters pula, lebih 4,000 dilaporkan terkorban di seluruh Asia Barat sejak serangan hari pertama AS-Israel ke atas Iran pada 28 Februari lalu itu, yang menyebabkan Iran bertindakbalas melancarkan serangan ke atas Israel dan pangkalan-pangkalah tentera AS di negara-negara Teluk.

Laporan iu berkata, HRANA pada Selasa telah melaporkan seramai 3,268 orang terkorban di Iran sejak hari pertama serangan AS-Israel pada 28 Februari lalu.

Sementara di Lubnan yang terbaharu diserang Israel sejak 4 Mac 2026, pihak berkuasa negara Lubnan melaporkan bahawa 1,072 terkorban, dengan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan pihak berkuasa kesihatan Lubnan mengesahkan 100 mangsa adalah kanak-kanak.

Di Israel pula, pihak berkuasa negara haram itu melaporkan 16 anggotanya maut selepas serangan balas Iran, dan dua lagi mati di Lubnan; menakala secara berasingan seorang warga Israel terbunuh oleh serangan tentera Israel sendiri di Lubnan pada 4 Mac lalu. – HARAKAHDAILY 25/3/2026

- Advertisement -