
KUALA LUMPUR: Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) melancarkan kempen istimewa ‘October Deals 2025’ yang berlangsung selama empat hari bermula 17 hingga 20 Oktober 2025 di empat lokasi utama seluruh negara.
Kempen ini dijalankan secara serentak di MATTA Muslim Travel Fair, WTC Kuala Lumpur, GoTravel Expo, Mid Valley Megamall, Ibu Pejabat Andalusia di Desa Pandan, serta 62 cawangan Andalusia di seluruh Malaysia.
Objektif utama kempen tersebut ialah membantu umat Islam merebut peluang menunaikan Umrah bagi musim 1447H hingga 1448H, sambil menamatkan baki lebih 15,000 tempat duduk penerbangan yang masih tersedia sehingga April 2026, dalam usaha mencapai misi membawa 80,000 jemaah menunaikan Umrah setiap tahun.
Pelanggan yang mengunjungi booth Andalusia di WTC Kuala Lumpur turut berpeluang menikmati diskaun khas antara RM100 hingga RM200 seorang untuk semua pakej Umrah termasuk Umrah Jimat, Umrah Sederhana Ramadan dan Umrah Jarak Dekat Musim Ramadan.
Selain itu, Andalusia turut memperluas tawaran kepada pakej pelancongan antarabangsa seperti Eropah, Turki, Jepun, Korea serta Muslim Tour ke pelbagai destinasi dunia, dengan potongan sehingga RM200 seorang.

Pendekatan telus, digital dan amanah
Dalam wawancara bersama Ahli Lembaga Pengurusan Andalusia, Izzati Hj Ibrahim, beliau menjelaskan penyertaan kali ini membawa mesej besar selepas lebih dua dekad Andalusia berkhidmat sebagai agensi pelancongan Islam yang paling dipercayai.
“Tahun ini, Andalusia bukan sekadar mempromosikan pakej, tetapi menunjukkan bagaimana kami kekal konsisten membantu ummah menunaikan ibadah dengan tenang dan yakin.

Kami memperkenalkan pendekatan baharu yang lebih telus dan digital supaya setiap jemaah tahu apa yang dibayar ialah apa yang mereka dapat, tiada keraguan dan tiada caj tersembunyi,” katanya.
Tambahnya, Andalusia kini bergerak ke arah digitalisasi penuh melibatkan sistem pendaftaran, pembayaran serta pangkalan data jemaah bagi memastikan urusan menjadi lebih pantas, selamat dan telus.
“Melalui sistem digital ini, setiap transaksi lebih efisien dan mudah dijejaki, sekaligus mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap agensi umrah tempatan,” ujarnya.
Khidmat lengkap dan bimbingan menyeluruh
Mengulas mengenai kekuatan Andalusia selepas lebih 23 tahun beroperasi, Izzati menjelaskan bahawa syarikat itu sentiasa meletakkan kebajikan jemaah sebagai keutamaan.

“Kami menyediakan khidmat lengkap daripada kursus persiapan, urusan visa, mutawwif berpengalaman hingga pemantauan selepas ibadah.
Inilah yang membezakan kami, bukan sekadar menjual pakej, tetapi membimbing jemaah sepenuhnya dari mula sampai akhir,” jelas beliau.
Dengan rangkaian 62 cawangan dan lebih 800,000 pelanggan berdaftar, Andalusia kekal sebagai peneraju agensi pelancongan Islam tempatan yang diyakini ramai.
“Apabila kami tawarkan harga rendah, ia bukan kerana memotong kualiti, tetapi kerana pengalaman dan skala operasi yang besar membolehkan kami memberi nilai terbaik kepada jemaah,” katanya.
Misi 2026: Fokus 80,000 tetamu Allah setiap tahun
Menjelang tahun 2026, Andalusia menetapkan misi besar untuk membawa sekurang-kurangnya 80,000 tetamu Allah setiap tahun menunaikan Umrah dengan tenang, selesa dan teratur.

“Kami mahu setiap jemaah hanya fokus kepada ibadah, manakala semua urusan lain seperti logistik, penerbangan dan penginapan diuruskan sepenuhnya oleh Andalusia dengan penuh amanah,” jelas Izzati.
Beliau menegaskan bahawa ‘October Deals 2025’ bukan sekadar promosi bermusim, tetapi satu peluang sebenar bagi umat Islam menunaikan Umrah dengan panduan agensi yang diyakini.
“Kempen ini bukan ‘jualan murah’, tetapi peluang pelanggan ke Tanah Suci dengan jaminan pengalaman ibadah yang diyakini, selaras dengan tagline kami, ‘Paling Dipercayai. Paling Diyakini. Hanya di Andalusia.’” katanya lagi.
Kempen ‘October Deals 2025’ dijangka menarik kehadiran ribuan pengunjung di seluruh lokasi terlibat sepanjang empat hari berlangsung. Andalusia menyeru umat Islam agar tidak melepaskan peluang ini untuk merealisasikan niat suci menunaikan Umrah bersama agensi yang berpengalaman dan terbukti beramanah. – HARAKAHDAILY 18/10/2025




















