Kelantan sedia pasang papan tanda larang LGBT

Seperti inisiatif Terengganu

Dato' Dr Mohamed Fadzli
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bersedia mengikut jejak langkah Kerajaan Terengganu dengan memasang papan tanda larangan aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

- Advertisement -

Langkah itu sebagai usaha membangkitkan rasa benci masyarakat terhadap perlakuan tidak bermoral tersebut.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pihaknya menganggap ia sebagai satu pendekatan yang baik.

“Sekiranya ia menghasilkan natijah yang baik, Kelantan mungkin akan turut melaksanakan langkah sedemikian memandangkan ia memang baik dan boleh dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Mingguan Exco di MABNA Kompleks Kota Darulnaim, di sini semalam.

Menurutnya, kerajaan negeri sependapat dengan Terengganu bahawa LGBT adalah musuh besar yang menyumbang kepada keruntuhan moral masyarakat.

Katanya, budaya LGBT juga menjadi penyumbang besar kepada masalah kesihatan termasuk penyakit kelamin dan pelbagai lagi selain jelas ditentang agama.

Beberapa hari lalu, media melaporkan Kerajaan Terengganu tidak menafikan mesej pada papan tanda berkaitan amalan homoseksual yang dipasang di beberapa lokasi strategik di negeri itu bertujuan menimbulkan rasa benci terhadap budaya tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, tindakan itu adalah sebahagian daripada usaha mendidik rakyat agar menjauhi perkara bertentangan dengan nilai agama dan norma masyarakat. – HARAKAHDAILY 21/5/2025

- Advertisement -