
AYER HITAM: Ahli Parlimen Jerlun sempat meluangkan masa menziarahi dua penduduk yang sakit di Kuala Tunjang dekat sini, kelmarin.
Dr Abdul Ghani Ahmad berkata, beliau bersama Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Kuala Tunjang melawat Rani Yaakob yang baru keluar dari Hospital Tuanku Fauziah, Kangar selepas seminggu dirawat kerana penyakit jantung.
Katanya, seorang lagi penduduk ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Kuala Jerlun yang terbabit dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta.
“Saya doakan agar kedua-duanya segera sembuh dan menjalani ibadah puasa dengan sempurna,” katanya dalam kenyataan di media sosial.
Terdahulu, beliau sempat memimpin solat tarawih di surau Kuala Tunjang sebelum diminta menyampaikan tazkirah Ramadan kepada ahli jemaah surau berkenaan. – HARAKAHDAILY 16/3/2025




















