Stesen Pam KADA 3 atasi masalah pengairan sawah

Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail
- Advertisement -

KOTA BHARU: Pembinaan Stesen Pam 3 Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) diharap dapat menyelesaikan masalah pengairan yang membelenggu pesawah sekarang.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi negeri, Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, pembinaan stesen ketiga itu bermula pada 29 Mac 2023 dan dijangka siap 2025.

Katanya, dua rumah pam sedia ada tidak dapat berfungsi kerana paras air di Sungai Kelantan sekarang agak rendah.

“Stesen Pam Kemubu 3 yang sedang dalam pembinan sekarang bagi menyelesaikan masalah paras air yang rendah di Sungai Kelantan.

“Stesen Pam Kemubu 1 hanya dapat berfungsi apabila paras air di Sungai Kelantan 4.9 meter, begitu juga Stesen Pam 2 juga tidak dapat berfungsi kerana masalah paras air,” katanya menjawab soalan Saizol Ismail (PAS-Salor) pada sidang DUN hari ini.

Tuan Saripudin juga berkata, KADA mempunyai tiga lokasi stesen pam iaitu di Kemubu, Lemal dan Kasa di Pasir Mas.

Menurutnya juga kerja-kerja membaik pulih skim pengairan bagi meningkatkan paras sungai Kelantan ke paras kosisten sekarang pada peringkat pelantikan konsultan.

Beliau juga berharap dengan pelantikan pengerusi baru KADA diharap membolehkan projek yang dijalankan sekarang bergerak dengan lebih baik.

KADA sekarang dipengerusi pemimpin Amanah Kelantan Mohamad Husin.

Menjawab soalan Ahmad Zakran Mat Noor katanya, kerajaan negeri melalui JPS meningkatkan sistem pengairan di Machang dengan melibatkan peruntukan RM241,0000.

“Projek tersebut telah selesai yang dilaksanakan bermula Julai lepas dan siap Oktober. Ia akan memberi manfaat kepada 25 pesawah di kawasan tersebut,” katanya.

Banyak sawah di kawasan jelapang di bawah KADA tidak dapat diusahakan sejak tahun lepas ekoran masalah pengairan. – HARAKAHDAILY 27/11/2024

- Advertisement -