Netanyahu pecat Menteri Pertahanan, ribuan warga Israel demonstrasi

Ribuan warga Israel mengadakan tunjuk perasaan di jalanan membantah tindakan Benjamin Netanyahu memecat Yoav Gallant. (FOTO: Reuters)
- Advertisement -

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah memecat Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant, dalam satu pengumuman mengejut yang dibuat ketika negara haram itu berperang dalam pelbagai negara Islam di seluruh rantau Asia Barat.

Susulan tindakan itu telah mencetuskan bantahan di seluruh negara pada Selasa, termasuk perhimpunan besar-besaran yang melumpuhkan pusat pentadbiran di Tel Aviv.

- Advertisement -

Netanyahu dan Gallant telah berulang kali sebelum ini telah berselisih faham mengenai perang Israel ke atas Semenanjung Gaza, namun Netanyahu telah mengelak daripada memecat menteri pertahanannya sebelum kali ini akhirnya benar-benar mengambil langkah itu kerana perhatian dunia tertumpu kepada pilihan raya presiden Amerika Syarikat, lapor Al Jazeera.

Netanyahu menyebut ‘jurang yang ketara’ dan ‘krisis kepercayaan’ sebagai sebab pemecatan Gallant, sebelum menggantikannya Menteri Luar, Israel Katz.

Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant dilaporkan sudah lama berselisih faham mengenai perang dengan pejuang Hamas di Semenanjung Gaza. (FOTO: Reuters)

Dalam beberapa jam selepas pengumuman itu, beribu-ribu penunjuk perasaan berkumpul di tengah Tel Aviv, menghalang lebuh raya utama bandar itu dan melumpuhkan lalu lintas.

Orang ramai yang memegang bendera Israel dan yang lain meniup wisel dan menumbuk gendang, berkumpul di sekeliling beberapa unggun api.

Protes jalanan di Tel Aviv bertukar ganas apabila orang ramai mula membakar objek. (FOTO: Reuters)

Beberapa ribu warga negara haram itu turut mengadakan demonstrasi di luar rumah Netanyahu di Baitulmaqdis dan beberapa lokasi lain di bandar itu.

Penunjuk perasaan berkumpul dan menyekat jalan di beberapa tempat lain di seluruh negara, dan stesen TV Israel menunjukkan imej polis bergelut dengan penunjuk perasaan. -Agensi/– HARAKAHDAILY 6/11/2024

- Advertisement -