Latihan intensif automatif dengan Cherry di China

Anak muda Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri merakamkan ucapan tahniah kepada 15 anak muda Kelantan yang telah berjaya mengitu kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

- Advertisement -

Kursus intensif dalam bidang automotif selama dua minggu itu telah mendapat kerjasama syarikat automotif terkemuka Cherry di China.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Antara Kaum, Zamakhshari Mohamad berkata, semasa perbincangan awal dengan penganjur, pelajar akan ditempatkan dengan syarikat itu.

Katanya, program ini adalah sebagai perintis dan sekiranya mendapat maklum balas yang lebih baik, mungkin ia akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

“Buat masa ini kita akan memantau dan meminta laporan dari penganjur tentang kerjaya peserta selepas program latihan,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas 15 anak Kelantan yang mengikuti kursus TVET dalam bidang kenderaan elektrik (EV) di China pada 23 Oktober lepas telah tamat latihan masing-masing semalam.

Setiap mereka telah menerima sijil tamat latihan dari penganjur sebagai tanda telah lalui kursus asas berkaitan.

Zamakhshari sebelum ini berkata, buat pertama kali kerajaan negeri menghantar pelajar ke negara berkenaan untuk kursus intensif dalam bidang automotif selama dua minggu.

Katanya, China dipilih kerana negara itu sedang berkembang dalam bidang automotif dengan kecanggihan teknologi dan inovasi terkini. – HARAKAHDAILY 3/11/2024

- Advertisement -