Isu Belanjawan 2025, T15: ‘PMX, beranikan diri akui kesilapan’

Pembentangan Belanjawan 2025 pada Jumaat, 18 Oktober 2024 oleh PMX antaranya mengumumkan penyasaran subsidi petrol RON95 bermula pertengahan tahun hadapan, yang akan melibatkan pemotongan sebanyak RM8 bilion bagi golongan T15.
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Golongan T15 yang dirujuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dalam  pembentangan Belanjawan 2025 baru-baru ini adalah golongan yang dituduh ‘maha kaya’, namun bakal menanggung beban dengan pemasuhan pelbagai subsidi dan bantuan.

PAS Terengganu menerusi satu kenyataannya berkata, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), golongan T15 merangkumi 15 peratus mereka yang berpendapatan tinggi dengan gaji antara RM13,000 hingga 13,999 ke atas.

“Namun, beberapa ahli ekonomi mula mempertikaikan data ini. Mereka berpendapat, hanya melihat pada pendapatan tanpa mengambil kira faktor lain seperti saiz isi rumah, lokasi, atau tanggungan akan menghukum rakyat.

- Advertisement -

“Bayangkan, dua orang kakitangan awam, seorang di Kuala Lumpur dan seorang lagi di Baling, Kedah. Gaji RM13,000, tapi kos sara hidup mereka berbeza jauh.

“Jadi, adilkah mereka dimasukkan dalam kategori sama?” soal kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, situasi berkenaan adalah sama seperti seorang pekerja yang bergaji RM13,000 dengan dua isteri dan 10 anak.

“Adakah dia sama dengan bujang M40 yang bergaji RM12,500? Inilah masalahnya bila hanya guna data tanpa pertimbangan lain.

“Sekarang, kakitangan awam terpaksa fikir macam mana nak laksana cadangan ini. Sebenarnya, cadangan ini patut dikaji semula sebelum subsidi T15 ditarik.

“PMX, beranikan diri akui kesilapan,” katanya.

Anwar dalam pembentangan Belanjawan 2025 Jumaat lalu antara lainnya mengumumkan penyasaran subsidi petrol RON95 bermula pertengahan tahun hadapan, di mana ia akan melibatkan pemotongan sebanyak RM8bilion bagi golongan T15. – HARAKAHDAILY 22/10/2024

- Advertisement -