Khidmat Malaysia Selangor dirikan markas logistik

Halim (duduk, tiga dari kiri) dalam majlis perasmian markas Logistik Khidmat Malaysia Selangor dan markas operasi Jabatan Amal Malaysia Selangor di Taman Seri Manja, Petaling Jaya, Selangor.
- Advertisement -

SABAK BERNAM: “Selang Seminggu selepas berlangsungnya Konvensyen Khidmat Malaysia Negeri Selangor (KMNS) yang diadakan di Sabak Bernam, satu lagi sejarah dicipta oleh Badan Penyelaras dan Pengurusan Bencana Negeri Selangor atau lebih dikenali dengan Khidmat Malaysia Selangor apabila sebuah markas logistik telah didirikan.”

Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Dr Halim Tamuri berkata, selain digunakan sebagai markas logistik Khidmat Malaysia Selangor, bangunan tersebut juga dijadikan sebagai markas operasi Jabatan Amal Malaysia Selangor.

- Advertisement -

“Pemilihan tempat sebagai markas itu di tengah-tengah Selangor bagi memudahkan pergerakan pasukan dan bantuan disalur pada kawasan-kawasan yang ditimpa bencana dalam atau luar Selangor.

“Usaha yang dilakukan oleh Timbalan Pesuruhjaya 2 merangkap Pengarah Khidmat Malaysia Negeri Selangor, Sobirin Marsano ini adalah bagi memperkasakan organisasi agar operasi keseluruhan Khidmat Malaysia Selangor dapat digerakkan dengan lebih kemas selepas ini selari dengan deklarasi Konvensyen KM Selangor baru-baru ini,” jelasnya

Beliau  berkata demikian ketika merasmikan markas yang terletak di Taman Seri Manja, Petaling Jaya, semalam

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya 1, Ustaz Shafie Ngah, Yang Dipertua PAS Kawasan Petaling Jaya dan seluruh Ahli Lembaga Pengarah Khidmat Malaysia Selangor.

Tambah beliau, langkah tersebut adalah sebagai permulaan untuk penambahbaikan markas logistik Khidmat Malaysia Selangor, dan markas operasi Jabatan Amal Malaysia Selangor. 

“Ini kerana ia hanya sebuah stor dan pejabat, mungkin selepas ini kita perlu fikirkan ditempat lebih besar seperti gudang yang sesuai dengan bertambahnya batangan bantuan dan aset-aset yang lebih besar nanti,” ujarnya. 

Halim turut merakamkan ucapan terima kasih buat Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Syabab Care, Rahmat Care, Ikhlas Care dan Kota Raka Care yang telah menyumbang bagi pembinaan markas ini.

“Insya-Allah, ia akan digunakan sebaik mungkin oleh pihak KM dan semua NGO-NGO yang berada di bawah Penyelarasan operasi KMNS kelak.

“Semoga dengan adanya markas logistik ini akan lebih melancarkan lagi misi kedua-dua organisasi ini dalam membantu masyarakat pada masa hadapan.

“Tahniah buat semua penggerak Khidmat Malaysia dan Jabatan Amal Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/10/2024

- Advertisement -