Iran siap sedia perangi ancaman pengganas rejim Zionis Israel

Brigedier Jeneral Iraj Masjedi (FOTO: MNA)
- Advertisement -

TEHRAN: “Angkatan Tentera Iran sentiasa bersedia sepenuhnya untuk memerangi sebarang ancaman pihak musuh Zionis.”

Timbalan Komander Pasukan Quds Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) bagi Hal Ehwal Koordinasi, Brigedier Jeneral Iraj Masjedi berkata demikian ketika berucap di hadapan tetamu yang menghadiri majlis sempena syahidnya Jeneral Abbas Nilforoushan, lapor MNA.

- Advertisement -

Merujuk kepada kesyahidan Nilforoushan yang merupakan Jeneral kanan IRGC, Masjedi berkata, “Kami tidak akan berhenti dengan kesyahidan ini dan kami akan membalas darah para syuhada yang dikasihi dan rakyat Palestin dan Lubnan yang ditindas daripada musuh Zionis.”

Sementara merujuk kepada propaganda media musuh berhubung laporan palsu bahawa Ketua Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Quds, Brigedier Jeneral Esmail Qaaniturut terbunuh semasa serangan udara Israel ke atas bangunan kediaman di selatan Beirut, yang meragut nyawa Setiausaha Agung Hizbullah, Sayyad Hassan Nasrallah pada 27 September 2024 bersama-sama Nilforooshan, beliau berkata, usaha musuh kebelakangan ini adalah perang psikologi untuk membuat orang ramai bimbang.

Susulan pembunuhan Nasrallah dan Nukforoushan itu  Iran telah bertindak balas terhadap pada 1 Oktober dengan melancarlan 200 peluru berpandu balistik ke arah sasaran lokasi ketenteraan dan perisikan pengganas rejim Zionis di seluruh wilayah Palestin yang diduduki.

Terdahulu, CNN semalam melaporkan Amerika Syarikat sedang menyiasat kebocoran perisikan AS yang sangat sulit tentang rancangan Israel untuk membalas dendam terhadap Iran

“Kebocoran rahsia sulit itu ‘sangat membimbangkan’,” kata seorang pegawai AS kepada CNN.

Dokumen itu, bertarikh 15 dan 16 Oktober, mula diedarkan dalam talian pada Jumaat lepas selepas disiarkan di platfoem Telegram oleh akaun yang dikenali sebagai ‘Middle East Spectator’.

Ia ditandakan sebagai ‘rahsia besar; dan mempunyai tanda yang menunjukkan bahawa hanya dimaksudkan untuk dilihat oleh AS dan sekutu ‘Five Eyes’nya terdiri daripada Australia, Kanada, New Zealand dan United Kingdom.

Dokumen itu menggambarkan persiapan Israel sedang merancang membuat serangan terhadap Iran, dengan salah satu dokumen mengatakan ia disusun oleh Agensi Perisikan Geospatial Kebangsaan, antaranya melibatkan pemindahan peluru berpandu.

Dokumen lain mengatakan ia diperoleh daripada Agensi Keselamatan Negara dan menggariskan latihan tentera udara Israel yang melibatkan peluru berpandu udara-ke-permukaan, juga dipercayai sebagai persediaan untuk serangan ke atas Iran, yang mana CNN tidak memetik dari sumber manakah ia memperoleh maklumat tersebut. -Agensi/– HARAKAHDAILY 21/10/2024

- Advertisement -