
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan 2 negeri sehingga jam 2 petang, hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat iaitu beberapa kawasan di negeri Sabah.
“Ia membabitkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu), Pantai Barat (kota Belud dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat).
“Selain itu, turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Labuan,” ujarnya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.
Menurut kenyataan itu lagi, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/10/2024




















