Pangkalan tentera Amerika di medan gas Koniko diserang

Pangkalan tentera Amerika Syarikat di medan gas Koniko, Syria dilaporkan sekali lagi diserang. (FOTO: MNA).
- Advertisement -

DAMSYIK: Pangkalan tentera Amerika Syarikat di medan gas Koniko, Syria sekali lagi menjadi sasaran serangan.

Insiden pada awal Isnin itu melibatkan serangan ke atas pangkalan AS di wilayah Deir ez-Zur, utara Syria, lapor MNA.

Laporan itu berkata bahawa serangan berkenaan telah menyebabkan kerosakan material kepada pangkalan AS.

- Advertisement -

Namun begitu, tiada laporan segera mengenai kemungkinan kematian.

Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan.

Terdahulu, kumpulan penentangan Islam di Iraq telah melancarkan serangan ke atas sasaran Israel sejak rejim pengganas Zionis itu memulakan perang genosid ke atas Semenanjung Gaza pada 7 Oktober 2023.

Ia  juga telah menyerang pangkalan tentera Amerika di Iraq dan negara jiran Syria sebagai tindakan balas terhadap sokongan Washington kepada pembunuhan beramai-ramai penduduk  Palestin di Gaza oleh pengganas rejim, yang jumlahnya sehingga kini mencecah 42,000 orang.

Israel telah melancarkan serangan kejam terhadap Semenanjung Gaza, menyasarkan hospital, kediaman, dan rumah ibadat selepas gerakan Penentangan Palestin, Hamas melancarkan serangan mengejut, digelar Operasi Ribut Al-Aqsa, pada 7 Oktober 2023. -Agensi/– HARAKAHDAILY 14/10/2024

- Advertisement -