Ribut petir, hujan lebat, angin kencang di seluruh negara petang ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan hampir ke semua negeri sehingga jam 5 petang, hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat iaitu seluruh kawasan di negeri Perlis. Di Kedah melibatkan kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. 

- Advertisement -

“Selain itu, turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang beberapa kawasan di Perak iaitu Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Sementara, kawasan di Kelantan pula melibatkan 3 kawasan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang. Begitu juga di 5 kawasan di Terengganu iaitu Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang turut diramalkan berlakunya ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.   

“Seterusnya di Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Rompin. Turut diramalkan juga seluruh kawasan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini. 

Turut dijangka berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Melaka. 

Menerusi kenyataan itu lagi, beberapa kawasan di Negeri Sembilan turut terlibat iaitu Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin. 

Sarawak turut diramalkan. Ia melibatkan kawasan di Kuching, Mukah (Daro dan Matu) dan Limbang (Lawas). 

Dalam pada itu, di Sabah pula melibatkan kawasan Pantai Barat (Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran). 

Menurutnya, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/10/2024

- Advertisement -