
TEHRAN: Rusia mengumumkan pada Ahad bahawa Perdana Menterinya, Mikhail Mishustin akan bertemu Presiden Iran Masoud Pezeshkian di Tehran pada hari ini, Isnin.
Pengumuman tersebut dibuat ketika Rusia mengecam ‘pembunuhan politik’ Israel terhadap Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah yang di Beirut pada Sabtu lalu, dan Pezeshkian bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin ketika lawatan ke Rusia bulan depan untuk menghadiri sidang kemuncak BRICS.
“Mikhail Mishustin akan mengadakan perbincangan dengan Masoud Pezeshkian dan Naib Presiden Pertama, Mohammad Reza Aref.
“Ia dirancang untuk membincangkan rangkaian penuh kerjasama Rusia-Iran dalam bidang perdagangan dan ekonomi dan budaya dan kemanusiaan,” ujar pejabat kerajaan Rusia dalam satu kenyataan, lapor Al Arabiya.
Tambah kenyataan tersebut, rundingan berkenaan akan memberi tumpuan kepada ‘menjalankan projek besar secara bersama-sama dalam bidang yang melibatkan tenaga pengangkutan, industri dan pertanian’.
Pezeshkian bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin semasa lawatan ke Rusia bulan depan untuk menghadiri sidang kemuncak BRICS.
Kuasa Barat sebelum ini menuduh Iran membekalkan kedua-dua dron dan peluru berpandu ke Moscow untuk perangnya ke atas Ukraine, satu tuduhan yang berulang kali dinafikan Tehran; sedangkan sekutu Israel, terutama Amerika Syarikat diketahui membekalkan senjata terutama bom kepada negara itu untuk menyerang Semenanjung Gaza dan terbaharu, Lubnan. -Agensi/– HARAKAHDAILY 30/9/2024




















