
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan 12 negeri sehingga jam 3 petang, hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara negeri yang terlibat iaitu Kedah yang melibatkan kawasan Baling dan Kulim. Perak pula melibatkan kawasan Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar,, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Selain itu, turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di negeri Kelantan iaitu Bachok, Machang dan Pasir Puteh. Terengganu pula melibatkan kawasan Besut, Dungun dan Kemaman.
“Sementara, bagi Pahang pula melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin. Kawasan di Selangor yang terlibat adalah di Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu langat. Turut diramalkan berlakunya ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Seterusnya, di Negeri Sembilan yang melibatkan kawasan Seremban, Port Dickson dan Rembah. Di Johor pula, antara kawasan yang terlibat adalah di Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.
Sementara itu, beberapa kawasan di Sarawak turut diramalkan. Antaranya melibatkan kawasan Sri Aman, Sibu (Kanowit, dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Subis dan Miri dan Limbang (Lawas). Di Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang), Pantai Barat (papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud dan Tawau. Turut diramalkan di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.
MetMalaysia turut memaklumkan amaran dikeluarkan sekiranya terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang berlaku selama hampir atau melebihi satu jam.
Menurut kenyataan itu lagi, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/9/2024




















