Amaran angin kencang di Pulau Pinang, Kedah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan dua negeri sahaja sehingga 2 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat di Semenanjung Malaysua ialah di dua negeri, Pulau Pinang dan Kedah.

- Advertisement -

“Antara kawasan di Kedah yang mengalami amaran itu termasuklah di Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu,

“Selain itu, kawasan di seluruh Pulau Pinang turut diramalkan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

MetMalaysia turut memaklumkan amaran dikeluarkan sekiranya terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang berlaku selama hampir atau melebihi satu jam.

Menurutnya, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/9/2024

- Advertisement -