Dakwaan serangan seksual: Pemain Valencia, Rafa Mir ditahan 

Rafa Mir tidak hadir untuk latihan bersama Valencia pada hari ini, Selasa 3 Sept 2024. (FOTO: Transfermarkt)
- Advertisement -

MADRID: Penyerang Valencia, Rafa Mir atau nama sebenarnya, Rafael Mir Vicente  telah ditangkap oleh polis Guardia Civil Sepanyol atas dakwaan jenayah serangan seksual.

Jurucakap Guardia Civil mengesahkan bahawa seorang pemain LaLiga telah ditahan di Valencia kerana didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita tetapi tidak mendedahkan namanya.

- Advertisement -

Sementara Valencia dalam satu kenyataan berkata pihaknya menyedari penahanan itu dan ia akan bekerjasama dengan sistem keadilan. 

Wakil Mir tidak dapat dihubungi segera untuk mendapatkan ulasan, lapor Reuters.

Mir, 27, juga pernah bermain untuk Wolverhampton Wanderers dan Sevilla, yang telah meminjamkannya ke kelab zaman kanak-kanaknya, Valencia.

Stesen radio Cadena Ser yang pertama kali melaporkan berita itu berkata, Mir tidak hadir untuk latihan bersama pasukannya pada hari ini, Selasa (3 Sept). -Agensi/– HARAKAHDAILY 3/9/2024

- Advertisement -