500,000 rakyat Israel bantah kerajaan Zionis Netanyahu

Rakaman dron dari udara sekitar protes yang melibatkan ratusan ribu warga Israel di Tel Aviv yang mengadakan bantahan terhadap kerajaan Zionis pimpinan Benjamin Netanyahu. (FOTO Reuters)
- Advertisement -

BAITULMAQDIS: Ratusan ribu rakyat Israel turun ke jalan raya mengadakan tunjuk perasan menuntut gencatan senjata selepas enam tahanan ditemui mati  Semenanjung di Gaza.

Hostage Families Forum, yang menganjurkan protes berkenaan dalam kenyataannya berkata, dianggarkan 500,000 orang menghadiri demonstrasi yang dirancang di beberapa bandar di seluruh negara haram Israel.

- Advertisement -

Ia dipercayai demonstrasi terbesar sejak bermulanya perang Israel-Hamas sejak 11 bulan lalu.

Lebih 300,000 berkumpul di ibu negara Tel Aviv, lokasi di mana penunjuk perasaan berarak dengan keranda untuk melambangkan tebusan yang telah dibunuh dan yang lain dengan sengaja membakar di tengah-tengah salah satu lebuh raya utama di bandar itu, menyebabkannya trafik terhenti, lapor Sky News.

Protes tercetus selepas Angkatan Pertahanan Israel berkata mayat Carmel Gat, 40, Eden Yerushalmi, 24, Hersh Goldberg-Polin, 23, Alexander Lobanov, 33, Almog Sarusi, 27, dan Ori Danino, 25, ditemui dari sebuah terowong di selatan Gaza pada Sabtu (31 Sept).

Kumpulan penunjuk perasaan membakar di jalanan sebagai tanda protes terhadap kerajaan Zionis Israel pimpinan Benjamin Netanyahu. (FOTO: Reuters)

Keenam-enamnya telah ditahan oleh Hamas pada 7 Oktober 20023, dengan Gat dari komuniti petani Be’eri dan yang lain dari festival muzik yang diadakan di kawasan berdekatan.

Pengkritik di Israel, termasuk beberapa penunjuk perasaan, menuduh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengutamakan politik berbanding warga Israel yang ditahan Hamas; dengan meletakkan syarat ke dalam perjanjian gencatan senjata yang diketahui potensinya tidak akan dipersetujui Hamas.

Pemimpin kesatuan sekerja terbesar negara itu juga mengumumkan mogok umum satu hari mulai hari ini, Selasa (3 Nov) sebagai cara untuk memberi tekanan kepada kerajaan Netanyahu

Pasukan polis Israel menggunakan pancutan air untuk menghalang protes kumpulan penunjuk perasaan di Tel Aviv. (FOTO: Reuters)

Ketua Kesatuan Histadrut, Arnoin Bar-David berkata, Lapangan Terbang Ben Gurion telah ditutup pada jam 8 pagi, waktu tempatan, dengan universiti, pengilang dan usahawan dalam sektor teknologi tinggi dijangka menyertai ratusan ribu pekerja dalam protes berkenaan kelak.

Dalam pada itu, Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich berkata, mogok umum itu tidak mempunyai asas undang-undang kerana beliau meminta peguam negara mengemukakan permintaan segera kepada mahkamah untuk menyekat tindakan berkenaan.

Dalam surat kepada Gali Baharav-Miara, beliau berkata mogok itu akan membawa kesan yang ketara dan tidak perlu ke atas ekonomi ketika perang.

Protes besar-besaran di negara haram Israel yang diaadakan pada hari ini, 2 Sept 2024 bermula seawal jam 7 pagi tadi. (FOTO: Reuters)

Menteri pertahanan Israel, Yoav Gallant, yang sering bertelagah dengan Netanyahu, adalah salah seorang yang menggesa perjanjian gencatan senjata; dengan  ketua pembangkang dan bekas perdana menteri,  Yair Lapid menggesa orang ramai menyertai demonstrasi di Tel Aviv.

Sementara itu, bercakap dari Tel Aviv, wartawan Timur Tengah Sky News, Alistair Bunkall berkata penunjuk perasaan telah beralih daripada merayu agar kerajaan bersetuju dengan perjanjian tebusan kepada menyatakan kemarahan.

Polis Israel pula dalam kenyataannya berkata, kira-kira 24 orang telah ditangkap di seluruh negara selepas tunjuk perasaan, lapor agensi berita Reuters.

Salah seorang daripada 24 penunjuk perasaan yang ditangkap di Tel Aviv. (FOTO: Reuters)

Protes juga berlaku di luar pejabat Netanyahu di Baitulmaqdis, di mana penunjuk perasaan mengikat kain kuning pada mata mereka dan menyalakan suar berwarna merah.

Sehubungan itu, Hostage Families Forum dalam kenyataan di platform X berkata, lebih banyak protes dirancang pada hari ini, Isnin (2 Sept) dan menggalakkan orang ramai untuk ‘mengundi dengan kaki mereka dan berjuang bersama-sama dengan Hostage Families Forum’ kerana ia menyenaraikan 15 pusat pemeriksaan di mana protes akan bermula seawal 7 pagi waktu tempatan.

Lebih banyak tunjuk perasaan di jalanan dirancang diadakan di Israel pada hari ini, 2 Sept 2024. (FOTO: Sky News)

Terdahulu, Netanyahu menuduh Hamas bertanggungjawab membunuh kesemua enam tebusan berkenaan, selain mendakwa kumpulan pejuang Palestin Gaza itu  menghalang usaha gencatan senjata.

Sementara itu, pegawai kanan Hamas, Izzat al-Rishq menafikan tuduhan Israel sebaliknya meletakkan kesalahan kepada Zionisl dan Amerika Syarikat, dengan berkata tahanan yang tidak disebutkan namanya itu kekal hidup jika Israel telah menerima cadangan gencatan senjata yang Hamas berkata, ia telah bersetuju pada Julai lalu. -Agensi/– HARAKAHDAILY 2/9/2024

- Advertisement -