Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang hari ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di negeri Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak sehingga jam 5 petang, hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat di seluruh kawasan adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

- Advertisement -

“Selain itu, kawasan di negeri lain yang terlibat di seluruh kawasan adalah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. 

“Sementara itu, kawasan di Terengganu pula melibatkan Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun.

“Di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Menurut MetMalaysia lagi, kawasan di Sarawak adalah Limbang. 

Sementara, di Sabah pula Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

MetMalaysia turut memaklumkan amaran dikeluarkan sekiranya terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang berlaku selama hampir atau melebihi satu jam.

Menurut kenyataan, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/8/2024

- Advertisement -