SUKMA XXI: Syabas skuad sofbol lelaki Terengganu

Zaharudin Zahid (tengah) bersama-sama pasukan sofbol lelaki Terennganu. (FOTO: FB/Zaharudin Zahid)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pasukan sofbol lelaki Terengganu berjaya merangkul pingat Perak bagi acara berpasukan di Sukan Malaysia Ke-21 (SUKMA XXI) yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Zaharudin Zahid mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan itu kerana telah mencapai sasaran pingat yang telah ditetapkan.

- Advertisement -

“Saingan sofbol lelaki menyaksikan Perak muncul juara dalam aksi peringkat akhir menewaskan Terengganu 15-4 semalam.

“Alhamdulillah, ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Terengganu, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Pengurus Pasukan, Jabatan Angkat, Pegawai Pengiring, Barisan Jurulatih dan teristimewa anak-anak atlet yang telah berjaya menghadiahkan pingat buat Kontinjen.

“Tidak lupa kepada ibu bapa, seluruh rakyat Terengganu, para penaja dan pihak tuan rumah, Sarawak yang telah menyediakan fasiliti terbaik dalam penganjuran kali ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Untuk rekod, kali terakhir acara ini dipertandingkan adalah pada Sukan Malaysia (Sukma) 2013 di Kuala Lumpur.

“Semoga latihan intensif di masa akan datang dapat meningkatkan prestasi para atlet untuk terus mempamerkan aksi terbaik dalam setiap kejohanan,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/8/2024

- Advertisement -