PAS zahir tahniah pelantikan Yahya Sinwar 

Tuan Guru Abdul Hadi
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan tahniah ke atas pelantikan Ketua Biro Politik Hamas yang baharu, Yahya Sinwar menggantikan as-Syahid Syeikh Ismail Haniyeh yang mati syahid dibunuh di Tehran, Iran pada 31 Julai lalu.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berkata pelantikan ini bersesuaian dengan keadaan dan cabaran yang dihadapi oleh gerakan jihad terutama yang menghadapi penindasan dari pihak tertentu, termasuklah Yahudi, Salibis dan munafik di kalangan bangsa Arab serta orang-orang yang lemah iman di kalangan umat yang tidak mempercayai janji Allah.

Firman Allah SWT: “Dan sesungguhnya Allah akan menolong orang yang menolong-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”

- Advertisement -

Rasul-Nya yang tidak berbicara menurut hawa nafsu juga telah bersabda: “Akan sentiasa ada sekelompok dari umatku yang jelas dan berpegang kepada kebenaran, tidak akan membahayakan mereka orang-orang yang menentang mereka, hingga datang ketentuan Allah.” 

Dan tidak akan datang kiamat sehingga umat Islam memerangi Yahudi dan Yahudi akan bersembunyi di belakang pokok dan batu, kecuali pokok Gharqad

Mereka tidak akan memerangi kalian melainkan dari belakang dinding, dan kalian mengira mereka semua bersatu, padahal hati mereka berpecah-belah; itu kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami

Mereka tidak berkumpul di pemukiman melainkan untuk menunggu ajal yang telah ditentukan di kubur mereka. Kami tidak menunggu kecuali kemenangan yang dijanjikan dan kejayaan yang besar,”  katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Tuan Guru  turut berdoa agar Yahya Sinwar sentiasa berada dalam keadaan sihat, barakah dan kejayaan.

“Teruskanlah langkah dengan keberkatan Allah,” ucap beliau.

Pelantikan Sinwar, 61, diumumkan ketika Israel bersiap sedia untuk berdepan kemungkinan serangan dari Iran berikutan pembunuhan Haniyeh di Tehran.

Sinwar dianggap arkitek serangan paling dahsyat ke atas Israel dalam beberapa dekad yang bersembunyi di Semenanjung Gaza, menentang percubaan rejim untuk membunuhnya sejak permulaan perang  lagi.

Dilahirkan di kem pelarian di bandar selatan Gaza di Khan Younis, Sinwar dipilih sebagai ketua Hamas di Gaza pada 2017.

Beliau menyertai Hamas apabila Allahyarham Sheikh Ahmad Yassin mengasaskan kumpulan itu sekitar masa intifadah Palestin pertama bermula pada 1987. – HARAKAHDAILY 7/8/2024

- Advertisement -