Pusat beli belah di China terbakar, 16 maut

Kepulan asap tebal akibat kebakaran pusat beli belah di Zigong, wilayah Sichuan, China. (FOTO: Xinhua)
- Advertisement -

BEIJING: Sekurang-kurangnya 16 maut selepas sebuah pusat membeli belah di barat daya China terbakar dalam kejadian itu.

Video yang dikongsikan melalui media kerajaan sebelum tular di media sosial pada malam Rabu itu menunjukkan asap hitam tebal berkepul dari menara 14 tingkat di Zigong, wilayah Sichuan, dengan beberapa orang juga kelihatan berkumpul di balkoni.

- Advertisement -

Menurut jabatan bomba dan penyelamat tempatan yang dipetik agensi berita Xinhua berkata, operasi menyelamat ditamatkan kira-kira jam 3 pagi tadi. 

Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Kecemasan Zigong menerima berita kebakaran itu pada 6.10 petang, sebelum segera menghantar anggota bomba untuk memadamkan kebakaran.

Kira-kira 30 orang telah diselamatkan daripada kebakaran tersebut selepas hampir 300 pekerja cuba mengeluarkan dari kompleks tersebut. 

Xinhua juga melaporkan, setakat jam 3 pagi hari ini, angka kematian disahkan ialah 16 orang, manakala tiada individu yang terperangkap di dalam kompleks berkenaan.

Sehubungan dengan itu, siasatan awal tentang punca kebakaran adalah daripada kerja-kerja pembinaan yang ditunjukkan melalui CCTV. 

Satu kenaetaan telah dikeluarkan Pihak Kementerian Pengurusan China juga menggesa pekerja penyelamat dan pegawai wilayah menyiasat lebih mendalam dan memastikan perkara initidak berulang kembali.

Terdahulu, pada bulan Januari, satu kebakaran di sebuah bangunan di tenggara China juga telah mengorbankan sekurangnya-kurangnya 39 orang nyawa.

Pada bulan yang sama, sebuah sekolah berasrama penuh di wilayah Henan yang mengorbankan nyawa 13 orang kanak-kanak ketika mereka sedang tidur.

Dipercayai juga kebakaran di China adalah satu kebiasaan kerana piawaian keselamatannya yang longgar dan penguatkuasaan lemah. – HARAKAHDAILY 18/7/2024

- Advertisement -