Amal soleh perlu berlandaskan keimanan kepada Allah SWT

- Advertisement -

SESIAPA yang berbuat baik dan beriman, dia akan dapat melihat balasannya nanti. Dua perkara iaitu amal soleh dan beriman. Amal soleh sahaja, tetapi tiada iman, adalah sia-sia.

Contohnya dia kafir, tidak percaya kepada Nabi dan Rasul, menolak ajaran al-Quran, namun berbuat baik, tiada faedah sedikit pun. Kata ulama, ibarat tiada tempat nak sangkut. Nak sangkut di mana kebaikannya? Nak sangkut atas dasar apa?

- Advertisement -

Ibarat boleh menjawab peperiksaan dengan semuanya betul, tetapi tidak berdaftar untuk menjadi calon peperiksaan. Syarat untuk memperoleh sijil SPM adalah perlu berdaftar untuk menduduki peperiksaan.

Begitu juga dengan orang yang tidak beriman. Seolah-olah dia tidak berdaftar sebagai calon atau pelajar. Dia berbuat baik seperti memberi pasir dan simen kepada masjid yang baru dibina dan memberi gula kepada majlis maulud, tetapi dia tidak beriman.

Jadi, kebaikannya itu tiada faedah sedikit pun sebagaimana firman Allah yang menjadikan amal yang mereka pandang baik itu, terbuang sebagai debu yang berterbangan. – HARAKAHDAILY 2/7/2024

PENAFIAN
Harakahdaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Harakahdaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -