Universiti Malaya anjur RoboCup Terbuka pertama di Malaysia

Malaysia menjadi negara ketiga di rantau Asia yang menjadi tuan rumah acara RoboCup Terbuka selepas Singapura dan Jepun.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) akan menganjurkan acara RoboCup Malaysia Terbuka  2024 yang pertama di negara ini.

Program yang menandakan mercu tanda bersejarah bagi negara yang bakal  berlangsung dari 5 hingga September 2024, menyaksikan Malaysia menjadi negara ketiga di rantau Asia yang menjadi tuan rumah acara berkenaan selepas Singapura dan Jepun. 

- Advertisement -

Ia akan menyaksikan bakat-bakat tempatan untuk  mengukur kemahiran dan pengetahuan dalam bidang  kecerdasan pintar (AI)  robotik di peringkat antarabangsa melalui kejohanan yang berkonsepkan kepada teknolog AI ini menerusii dua jenis liga iaitu Liga Utama dan Liga Junior. 

Penganjur berkata, Liga utama RoboCup Malaysia Terbuka 2024 akan memberi tumpuan kepada perkhidmatan Robotik AI @Home looking ke dalam servis robot pintar dalam persediaan domestik. 

“Tiga kategori Liga Utama termasuk OPL @Home, @Home Education dan @Home Simulation.

“Liga Junior pula dibuka untuk peserta berumur 19 tahun ke bawah untuk mengambil bahagian. Liga Junior menawarkan kategori Bola Sepak, Penyelamat dan persembahan robot di pentas,” tambahnya.

Majlis pelancaran  acara berkenaan dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM, Prof Dr Sabri Musa; Presiden Kepentingan Kecerdasan Buatan Malaysia, Prof Dr Jeffrey Tan; Timbalan Dekan Sarjana Muda Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat UM, Professor Madya Dr Norisma Idris; dan Ketua Jabatan Kecerdasan Buatan UM, Dr Erma Rahayu. 

Dalam majlis yang berlangsung di The Cube, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Malaya, di sini, hari ini, penganjur memaklumkan bahawa terdapat tiga siri ‘outreach’ akan dilakukan iaitu di utara, tengah dan selatan Semenanjung.

“Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan menjadi lokasi pertama ‘outreach’ bagi wilayah utara, Universiti Malaya (UM) bagi wilayah tengah dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi wilayah selatan sebelum acara sebenar berlangsung September ini,” katanya.

RoboCup ialah pertandingan robotik tahunan yang popular di dunia, pertama kali diadakan pada tahun 1996 oleh sekumpulan profesor universiti yang ingin mempromosikan AI dan penyelidikan robotik kepada orang ramai.

Nama RoboCup ialah singkatan Piala Dunia Robot yang diilhamkan oleh impian untuk mempunyai pasukan robot yang boleh menewaskan juara Piala Dunia FIFA pada perlawanan bola sepak menjelang tahun 2050.

Sejak itu, kejohanan RoboCup telah menjadi penanda aras untuk penyelidikan Robotik AI akademik, yang menyaksikan pada setiap tahun, pihak Persekutuan RoboCup menganjurkan pertandingan dan persidangan di seluruh dunia. – HARAKAHDAILY 19/3/2024

- Advertisement -