Bandingkan Selangor, Terengganu: Liyana Marzuki masih keliru

- Advertisement -

DALAM hantaran terbaharu Facebook Liyana Marzuki, dia membuat perbandingan antara negeri Selangor dan Terengganu.

Kononnya negeri paling maju dalam Malaysia peruntukkan lebih RM1 billion untuk pembangunan. Negeri yang kurang maju, peruntukan pembangunan punyalah sedikit. 

- Advertisement -

Okeylah saya gunakan fakta dia untuk jawab hujah dia semula.

Kalau kita mahu kata RM1.2 billion itu banyak dan RM500 juta itu tak cukup banyak, cuba tambahkan satu lagi kiraan iaitu peruntukan pembangunan per seorang rakyat.

*****************************************************

SELANGOR

  • – Belanja Pembangunan: RM1.2 bilion
  • – Populasi: 7.2 juta
  • – Belanja pembangunan per populasi : RM166.6 seorang

TERENGGANU

  • – Belanja Pembangunan: RM500 juta
  • – Populasi: 1.2 juta
  • – Belanja pembangunan per populasi : RM416.70 seorang

Okey, sekarang kita tambah lagi sebuah negeri Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk merancakkan perbincangan kita.

PULAU PINANG

  • – Belanja Pembangunan: RM240 juta
  • – Populasi: 1.74 juta
  • Belanja Pembangunan per populasi : RM137.9 seorang

PAHANG

  • – Belanja Pembangunan: RM301.29 juta
  • – Populasi: 1.623 juta
  • – Belanja Pembangunan per Populasi : RM185.6 seorang

*****************************************************

Apa kita dapat dari maklumat diatas?

Pertama, Terengganu memperuntukkan perbelanjaan pembangunan paling tinggi antara negeri-negeri yang aku senaraikan iaitu RM407.5 bagi seorang rakyatnya. 

Pulau Pinang pula memperuntukkan RM137.9 bagi seorang rakyat. Pahang pula memperuntukkan RM 185.6 bagi seorang rakyat, dan Selangor memperuntukkan RM166.6 bagi seorang rakyat.

Kedua-dua Pulau Pinang dan Pahang yang mempunyai rakyat masing-masing seramai 1.74 juta dan 1.623 juta (lebih ramai dari Negeri Terengganu) tetapi memperuntukkan perbelanjaan pembangunan yang kurang dari Negeri Terengganu. 

Dia (Liyana Marzuki) tak nak tulis pasal tu? Ke tugas dia serang Dr.Sam (Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar) sahaja?

Jujurnya formula perbelanjaan pembangunan ini tiada pun formula yang tetap. Tidak adil dia mahu jadikan jumlah peruntukan sebagai hujah untuk diskredit mana-mana pihak.

Peruntukan pembangunan adalah mengikut keperluan program pembangunan negeri tersebut.

Kalau kita bermula main populasi, main jumlah peruntukan, saya bimbang terselak kain sendiri nanti.

Ada eloknya dia nasihatkan Papa (PMX) kepada kawan baiknya, Nurul Izzah untuk membayar royalti yang merupakan hak kepada rakyat Terengganu. Jangan berlaku zalim hanya kerana rakyat Terengganu menolak Kerajaan Madani.

Nak main angka ni banyak sahaja lagi kita boleh tulis, tapi biar setakat ini dulu lah.

Terakhir, dia kata untuk politik agama dan kaum, perlu kekal orang Terengganu dalam daif dan bersederhana, baru orang Terengganu mudah dipajak otak mereka?

Nak bagitau, orang Terengganu ini cerdik dan darah ‘hanelang’ (atau ‘nelang’ bermaksud handalan) tau, dia lawan cara halus. Buktinya, dia bagi anda 32-0 terus. Pedih kan…

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF (Penganalisis Politik Malaysia) – HARAKAHDAILY 18/3/2024

PENAFIAN:HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -