
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mewujudkan kaedah untuk mengenal pasti pemandu kenderaan berat yang berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah, demikian kemuka Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu).
Kerajaan juga pinta beliau, perlu menyatakan status terkini pembangunan sistem High Speed In Motion yang dapat menentukan pergerakan masa sebenar kenderaan bagi tujuan pemantauan kelajuan.
“Dalam pergulungan Menteri semalam ada disebut Setiu turut membahaskan isu berkaitan dengan pengangkutan iaitu ECRL bersama Tumpat dan Bentong, tetapi tiada jawapan yang diberikan dan Setiu ada dalam dewan semasa penggulungan. Pohon dapat beri jawapan saya bertulis.
“Adakah kerajaan bercadang untuk menetapkan penggunaan penghad kelajuan kenderaan speed limited,” soal beliau ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Pengangkutan pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawapan Lisan di Dewan Rakyat, di sini sebentar tadi.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah dalam jawapannya memberitahu, pemandu kenderaan berat di bawah pengaruh alkohol dan dadah, ianya adalah di bawah Seksyen 45C punca kuasa mengadakan ujian hanya di bawah PDRM sahaja.
“Walau bagaimanapun JPJ sentiasa mengadakan operasi secara berkala bersama AADK bagi mengesan pemandu di bawah pengaruh dadah. Tumpuan setakat ini pada pemandu kenderaan perkhidmatan awam.
“Kita hanya mewajibkan pemandu menjalani ujian kesihatan setahun sekali ketika nak renew (perbaharui) lesen vokasional di bawah Akta 333 telah menggariskan kesalahan pemanduan di bawah pengaruh dan alkohol dan dadah.
“Sabitan kesalahan juga boleh menyebabkan lesen memandu digantung. Dari segi penguatkuasaan agensi seperti PDRM dan AADK telah mempunyai SOP bagi mengambil tindakan kepada pemandu yang dikesan melalui saringan ujian air kencing atau pernafasan jika mempunyai tahap bahan terlarang melebihi had yang ditetapkan,” jawab beliau.
Berkenaan dengan high speed weight in emotion menurutnya, pada masa ini sepanjang tempoh tahun 2016 hingga September 2023 sejumlah 65,221 notis saman telah dikeluarkan melibatkan kesalahan muatan ini.
“Kementerian Pengangkutan bersama Kementerian Kerja Raya sedang dalam proses akhir untuk membangunkan sistem high speed weight in motion ini. Menerusi penggunaan ini, aktiviti penguatkuasaan kenderaan berat boleh dilaksanakan secara masa sebenar dan automatik secara tanpa memerlukan kenderaan tersebut perlu berhenti,” jelas beliau
Berkenaan speed limited menurutnya, inisiatif peringkat kementerian untuk mengurus isu had laju melibatkan kenderaan perdagangan yang merangkumi kenderaan barang dan bas.
“Kementerian ini telah mewajibkan pemasangan alat penghad kelajuan kenderaan speed limited device terhadap setiap model baharu kenderaan perdagangan secara berperingkat sejak tahun 2015 lagi.
“Ketetapan ini dikuatkuasakan oleh JPJ menerusi prosedur kelulusan jenis kenderaan di vehicle type approval iaitu VTA terhadap setiap model baharu, kenderaan perdagangan mulai 1 Januari 2015.
“Jadi kita juga dikehendaki mempunyai pematuhan kepada peraturan UNR 89. Dengan izin vehicle to limitation of their speed maximum speed limitation devices and adjustable speed limitation device yang telah turut diwartakan di bawah kaedah 9 A, kaedah-kaedah kenderaan bermotor iaitu pembinaan dan penggunaan 1959.
“Jadi di Malaysia ini kenderaan yang dikenakan adalah di bawah beberapa kategori sahaja iaitu kategori M2, M3, N2 dan N3.
“M2 itu ialah kenderaan digunakan membawa penumpang dan M3 kenderaan digunakan membawa penumpang bilangan tempat duduk melebihi 8 buah termasuk tempat duduk pemandu serta berat kenderaan melebihi 5,000 kilogram (kg).
“Yang M2 tadi itu yang tidak melebihi 5,000kg. Di bawah N2 pula kenderaan yang digunakan untuk membawa barangan mempunyai kenderaan melebihi 3,500kg tetapi tidak melebihi 12,000kg.
“Di bawah N3 kenderaan digunakan membawa barangan mempunyai berat kenderaan melebihi 12,00kg ya. Jadi ada ini sedikit iaitu walau bagaimanapun dasar penguatkuasaan peraturan UNR 89 itu adalah tidak terpakai kepada mana-mana bas model baharu yang dipasang secara tempatan ataupun complete knockdown ataupun yang biasa kita panggil CKD lah.
“Serta mana-mana kenderaan barang berstatus bina semula atau kenderaan rebuilds. Manakala mana-mana bas model baharu yang berstatus kenderaan import baharu atau complete build up CBU dan semua model baharu bagi kategori kenderaan barangan sama ada CBU atau CKD adalah diwajibkan mematuhi peraturan UNR 89 ini.
“Jadi kita sudah ada memang dalam sedang dikuatkuasakanlah untuk aa kategori-kategori tersebut,” ujarnya.
Shaharizukirnain dalam soalan asalnya meminta dinyatakan inisiatif Kementerian bagi memasang GPS untuk mengawal had laju lori dan memastikan pengendali syarikat kenderaan berat menyelenggara kenderaan mereka mengikut waktu yang sepatutnya. – HARAKAHDAILY 13/3/2024




















