PAS komited pertahan penyatuan ummah

Tuan Ibrahim dan Ismail Sabri di lobi bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man sekali lagi mengulangi pendirian PAS untuk menghidupkan semula penyatuan ummah antara PAS dan Umno.

Dalam perkongsian Dato’ Tuan di Facebook, beliau bersalaman dan memeluk bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di lobi Parlimen.

- Advertisement -

“Kesatuan kita pernah diterima rakyat jelata. Penyatuan kita sentiasa menjadi harapan semua. Hakikatnya usaha ini tidak pernah berkubur. Ia adalah kerana kita sama-sama membawa prinsip perjuangan untuk mempertahankan Islam dan membela orang-orang Melayu.  

“Kita percaya apabila Islam ditegakkan, persaudaraan dikukuhkan pasti semua kaum selamat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian sehubungan itu turut mendoakan kesejahteraan, serta kagum dengan Ismail Sabri yang telah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM).

“Semoga Allah SWT merahmati Dato’ Sri Ismail Sabri dalam setiap langkah.

“Saya kagum kepada semangat Dato’ Sri yang masih tidak jemu menuntut ilmu. Semoga beliau berjaya dalam pengajian PhD,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/2/2024

- Advertisement -