
GOMBAK: Stesen terakhir projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) perlu dikekalkan di Batu 16 Gombak demi melindungi sebuah kampung warisan Islam di Gombak, merupakan resolusi utama sekretariat Jawatan Kuasa Bertindak Gombak.
Menurut resolusi tersebut, titah Sultan Selangor, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini harus dituruti demi kesejahteraan rakyat Selangor dan mengekalkan Kampung Sungai ChinChin di sini yang mempunyai pelbagai warisan sejarah Islam.
Resolusi berkenaan ditampilkan dalam sidang media yang dihadiri Pengerusi UMMAH, Mohd Zai Mustafa di Tapak Sejarah Wali 7 Kampung Sungai ChinChin di Batu 7, di sini, pada hari ini, Jumaat (23 Feb).
Turut hadir ialah Penyelidik Sejarah dan Penulis Ahli Arkeologi (IAAM), Zaharah Sulaiman; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Gombak, Mohamed Yusof Sulaiman; Biro Guaman Jawatankuasa Bertindak Gombak, Zolazrai Zolkapli; serta wakil kepada ADUN Gombak Muhammad Hilman Idham.
Antara resolusi itu ialah dana RM15 juta telah digunakan bagi membina Masjid Kampung Sungai ChinChin.
Resolusi seterusnya berbunyi: “(Berikutnya) Bangunkan semula perkampungan Orang Asli dan Desa Mukmin Warisan serta individu lain yang terkesan.
“Kemukakan laporan Heritage Impact Assessment (HIA), Social Impact Assessment (SIA) dan Environment Impact Assessment (EIA).
“Menggazetkan Kampung Warisan 134 tahun. Pelihara tapak sejarah. Selamatkan Tanah Pelita Ilmu 1 Abad. Jauhi projek dari kawasan padat penduduk.”
Tambah resolusi tersebut, peru dilindungi ialah Makam Wali 7 Tanah Melayu, komuniti penduduk; hospital serta rizab Orang Asli Gombak; rizab Tanah Melayu serta komuniti Geopark Gombak.
“Kami membantah KL-Node highway dibina berdekatan dengan Makam Wali 7 Tanah Melayu serta meredah perumahan rakyat yang padat di Gombak Utara.
“Kami membantah pembangunan yang melakukan perobohon tempat ibadat umat Islam seperti masjid, surau dan makam wali serta ulama,” tambah kenyataan dalam resolusi tersebut. – HARAKAHDAILY 23/2/2024




















