Ratcliffe ikrar julang Manchester United kembali ke puncak

- Advertisement -

LONDON: Jutawan British, Jim Ratcliffe berikrar akan menjulang Manhester United kembali ke puncak dalam arena bola sepak Inggeris, Eropah dan dunia, selepas beliau menyelesaikan perjanjian 1.25 bilion pound untuk menjadi pemilik minoriti gergasi Liga Perdana Inggeris itu.

Ratcliffe telah menyelesaikan pembeliannya sebanyak 25 peratus daripada saham yang dimiliki oleh keluarga Glazer, yang merupakan pemilik majoriti saham United.

- Advertisement -

Langkah diambil Radcliffe itu menamatkan lebih setahun ketidaktentuan selepas keluarga Glazer, berkata pada November 2022 bahawa mereka sedang melihat pilihan strategik untuk pelaburan ke dalam kelab yang mereka kuasai sejak 2005 itu.

“Menjadi pemilik bersama Manchester United adalah satu penghormatan besar dan hadir dengan tanggungjawab yang besar,” kata Ratcliffe dalam satu kenyataan, pada Selasa, waktu tempatan, lapor BBC Sport.

Sehubungan itu, keluarga Glazer akan mengekalkan pegangan majoriti dalam kelab itu tetapi Kumpulan INEOS milik Ratcliffe akan bertanggungjawab terhadap operasi bola sepak United.

“Saya ingin mengalu-alukan Sir Jim sebagai pemilik bersama dan berharap dapat bekerjasama rapat dengannya dan INEOS Sport untuk memberikan masa depan yang cerah buat Manchester United,” kata Pengerusi Eksekutif, Joel Glazer. – HARAKAHDAILY  21/2/2024

- Advertisement -