Israel serang ‘bangunan kediaman’ di barat ibu kota Syria

Serangan Israel menyasarkan 'bangunan kediaman' di kawasan berhampiran lapangan terbang ketenteraan di barat Damsyik, Syria yang dibedil peluru berpandu pada awal pagi hari ini, Sabtu, 10 Feb 2024. (FOTO: AFP)
- Advertisement -

DAMSYIK: Zionis  Israel menyasarkan serangan terhadap sebuah ‘bangunan kediaman’  di barat ibu negara Syria awal hari ini Sabtu (10 Feb), lapor War Observer dengan media kerajaan melaporkan pertahanan udara Syria bertindak balas terhadap ‘serangan udara’ Israel itu.

Sejak perang saudara Syria meletus pada tahun 2011, Israel telah melancarkan ratusan serangan udara ke atas jirannya di utara, terutamanya menyasarkan tentera yang disokong Iran, termasuk pejuang Hizbullah serta kedudukan tentera Syria.

- Advertisement -

Serangan telah meningkat sejak perang Israel dengan Hamas bermula pada 7 Oktober; dan Hizbullah pada Khamis (8 Feb) lalu  telah mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa ia berjaya menyasarkan serangan baharu ke atas pusat tentera Zionis yang terletak di utara Palestin yang diduduki.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria dalam kenyataannya pula berkata, ‘serangan Israel’ pada  awal hari ini, (10 Feb) Sabtu menyasarkan bangunan kediaman di barat bandar raya Damsyik.

War Obersever yang berpangkalan di Britain, yang mempunyai rangkaian sumber yang luas di dalam Syria, melaporkan bunyi ‘letupan kuat’ termasuk dari kawasan Dimas di wilayah Damsyik.

Agensi berita negara Yaman, SANA pula memetik sumber tentera mengatakan bahawa pada sekitar jam 1.05 pagi (2205 GMT Jumaat), ‘pihak musuh Israel telah melancarkan serangan udara dari arah Golan Syria yang diduduki, menyasarkan beberapa titik di kawasan luar bandar Damsyik’.

Pertahanan udara Syria dilaporkan telag bertindak balas terhadap peluru berpandu Israel dan berjaya ‘memusnahkan  sebahagian daripadanya”, kata kenyataan itu, sambil menambah bahawa serangan itu menyebabkan ‘beberapa kerugian material’.

Serangan itu berlaku beberapa jam selepas kawasan berhampiran lapangan terbang tentera di barat Damsyik diserang peluru berpandu pada Jumaat (9 Feb), lapor War Observer, manakala kementerian pertahanan berkata dron telah memasuki ruang udara Syria dari arah Dataran Tinggi Golan yang diduduki Israel.

Kenyataan daripada kementerian pertahanan mengatakan bahawa pada sekitar jam  2.10 petang (1110 GMT) pada Jumaat, bahawa dua dron melanggar ruang udara Syria dari arah Golan Syria yang diduduki.

“Sistem pertahanan udara berhadapan dengan dron-dron berkenaan sebelum ia ditembak jatuh di barat Damsyik,” tambah kenyataan itu.

Tiada sumber menyatakan pihak  di sebalik kejadian itu.

Ketika dihubungi AFP pula, tentera Israel berkata: “Pihak kami tidak mengulas mengenai laporan yang dilaporkan dalam media asing.”  HARAKAHDAILY  10/2/2024

- Advertisement -