Letupan di hotel Texas cederakan 21 orang

Kepulan asap hitam yang tebal susulan letupan di Hotel Sandman, Fort Worth, Texas, Amerika Syarikat pada 8 Jan 2024. (FOTO: BNN Breaking)
- Advertisement -

FORT WORTH, Texas: Dua puluh satu orang cedera akibat letupan gas di sebuah hotel bersejarah di pusat bandar Fort Worth.

Jabatan Bomba Fort Worth (FWFD) berkata, panggilan kecemasan pertama diterima pada jam 3.32 petang  malam Isnin, diikuti dengan beberapa panggilan yang melaporkan ‘letupan’ meledak di Hotel Sandman, yang terletak di 810 Houston St., di sini.

- Advertisement -

“Pada mulanya saya fikir ia adalah guruh. Saya mendengar bunyi yang kuat ini dan kemudian saya melihat ke luar bilik saya dan saya melihat ia bukan guruh,” kata Christa Daniels, yang menyaksikan letupan itu. 

“Kemudian saya melihat orang ramai berlari. Selepas itu, saya melihat banyak serpihan ini berterbangan di sekitar tempat itu.”

Pegawai di  Jabatan Polis Fort Worth, J. Pollozani  mengesahkan 21 orang cedera akibat letupan itu, lapor CBS News.

Kesan ledakan kuat yang berlaku Hotel Sandman, yang terletak di 810 Houston St., Fort Worth, Texas. (FOTO: NBC News)

“Seorang mangsa berada dalam keadaan kritikal, empat lagi cedera parah, dan yang lain hanya kecederaan ringan.

Menurut FWFD, 19 pesakit dirawat di tempat kejadian, seorang dibawa ke hospital dan tiada sebarang kematian; dengan tiga daripada mereka yang cedera adalah pekerja Musume, restoran di dalam Hotel Sandman.

Jabatan itu juga berkata letupan di hotel tersebut dipercayai berpunca daripada kebocoran gas namun tidak menolak kemungkinan faktor lain.  HARAKAHDAILY  9/1/2024

- Advertisement -