Apa pendekatan kerajaan sokong pekerjaan masa depan?

Wan Martina Wan Yusoff
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Apakah pendekatan kerajaan dalam menyokong peralihan kepada pekerjaan masa depan menerusi latihan kemahiran semula (reskilling and upskilling)?

“Itu persoalan yang dikemukakan oleh Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff ketika membuat ucapan Perbahasan Kertas Putih Dasar Gaji Progresif di Dewan Negara, di sini, hari ini.

Menurutnya, Laporan Forum Ekonomi Dunia The Future of Jobs Report 2023 ada menyatakan 6 daripada 10 pekerja memerlukan latihan sebelum 2027 namun separuh daripada pekerja yang mempunyai akses kepada peluang latihan yang mencukupi.

- Advertisement -

Tambah beliau, laporan tersebut juga menyatakan sebanyak 44 peratus daripada kemahiran pekerja individu yang sedia ada perlu dikemaskini.

“Ini penting kerana bukan sahaja membawa peluang pelaburan kepada majikan tetapi juha meningkatkan tahap kepuasan dan produktiviti pekerja dalam mana-mana organisasi pun,” katanya.

Menurut beliau lagi, realiti pekerja pada hari ini tidak dinafikan menerima gaji berasaskan prestasi dan usaha keras mereka tetapi juga mempunyai implikasi seperti mengalami tekanan yang tinggi atau kepuasan kerja yang rendah.

Isu sebegini, ujar Martina, telah menyebabkan beliau mempersoalkan bentuk sokongan yang ditawarkan dalam menyediakan skim pampasan sejajar dengan prestasi pekerja dan juga untuk melindungi kesihatan mental pekerja.

“Maka, tumpuan kepada aspek kenaikan gaji sahaja adalah tidak memadai kerana ia perlu benar-benar disokong dengan pembangunan kemahiran serta struktur perlindungan sosial yang menyeluruh,” katanya.  HARAKAHDAILY 14/12/2023

- Advertisement -