RUU 2023 tanpa GEG: Kerajaan perlu lebih tegas

Ahmad Yunus Hairi
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Larangan orang belum dewasa merokok menjadi antara tujuan utama selepas pengguguran generasi penamat (GEG) daripada Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Dato’ Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) berkata, akhirnya perkara tersebut dapat mengurangkan jumlah perokok dan penyakit akibat dari merokok.

- Advertisement -

“Antara fokus GEG ini digugurkan ialah bagaimana untuk mengelakkan generasi belum dewasa ini sebaiknya mereka tidak akan merokok selepas mereka dewasa.

“Akhirnya jumlah perokok akan berkurangan dan penyakit akibat komplikasi merokok juga dapat dikurangkan,” katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Katanya lagi, kerajaan juga perlu lebih tegas dalam soal pemilikan perkara berkaitan rokok kepada golongan belum dewasa.

“Tindakan melalui penguatkuasaan juga perlu, seperti ada dalam kalangan anak-anak yang hanya mahu cuba-cuba itu juga tidak akan merokok kerana mereka akan dikenakan tindakan,” katanya. .  HARAKAHDAILY 30/11/2023

- Advertisement -