RUU kawalan rokok: Apa jaminan garis panduan dikeluarkan?

Wan Saiful Wan Jan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebaik-baiknya garis panduan untuk pendaftaran dikeluarkan apabila bermulanya Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dikuatkuasakan.

Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) berkata, dalam perbahasan beliau sebelum ini ada menyentuh berkenaan isu tersebut.

- Advertisement -

Menurut beliau, Perkara 4.1 ada menyatakan bahawa ketua pengarah mengeluarkan garis panduan untuk pendaftaran bahan rokok manakala Perkara 54.1 pula memberi masa 6 bulan untuk melakukan pendaftaran bahan tersebut.

“Bolehkah kita dapatkan jaminan daripada Menteri (Kesihatan) bahawa garis panduan pendaftaran akan keluar pada hari dikuatkuasakan dan bukan selepas itu?” katanya ketika membuat celahan Perbahasan Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah beliau, sekiranya garis panduan tersebut dikeluarkan dalam masa 2 bulan lagi selepas penguatkuasaan RUU tersebut hanya membazir masa.

Ini kerana menurut beliau, mana-mana individu tidak boleh mendaftar bahan rokok tidak boleh membuat sebarang pendaftaran sekiranya garis panduan tersebut tidak dikeluarkan pada waktu serentak dengan penguatkuasaan RUU tersebut.

Namun begitu, Dr. Zaliha menyatakan bahawa beliau akan dapatkan penjelasan tersebut atau memberikan jawapan secara bertulis. .  HARAKAHDAILY 30/11/2023

- Advertisement -