36 ADUN Kedah angkat sumpah

Sanusi menyarungkan jubah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Zubir.
- Advertisement -

ALOR SETAR: Seramai 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah mengangkat sumpah jawatan sempena Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga ADUN Jeneri memulakan angkat sumpah jawatan, kemudian diikuti 10 Ahli Majlis Kerajaan Negeri mewakili DUN masing-masing. 

- Advertisement -

Seterusnya diikuti barisan ADUN lain termasuk tiga ADUN pembangkang. 

Sementara itu, Yang Dipertua PAS (Ydp) Kawasan Langkawi, Zubir Ahmad, 60, dilantik menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) penggal ke 15. 

Pelantikan Zubir, dicadang oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor serta disokong ADUN Merbau Pulas, Dato’ Siti Ashah Ghazali. 

Dalam pada itu, ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis dilantik sebagai Timbalan Speaker Kedah.

Pencalonnya dicadangkan oleh Menteri Besar dan disokong oleh ADUN Kuala Ketil, Mansor Zakaria.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu, PERIKATAN NASIONAL (PN) berjaya memenangi 33 kerusi daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan. – HARAKAHDAILY 25/9/2023

- Advertisement -