Perbezaan antara kes-kes rasuah yang digugurkan

- Advertisement -

DARI semalam Walanon duduk sebar artikel ‘101 kes rasuah yang digugurkan oleh PN’. 

Wow biar betul? Okey biar aku jawab ya.

1. Musa Aman (46 Pertuduhan).

Jawapan: Pertuduhan ditarik balik oleh Peguam Negara sebab, saksi penting tidak ada dan dokumen penting kes tidak diperolehi dari bank di Hong Kong. Kalau dibicarakan, kes tanpa saksi dan dokumen penting memang akan kalah.

2. Tengku Adnan (2 pertuduhan).

Jawapan: Kes Tengku Adnan telah melalui proses bicara penuh dan dibebaskan oleh hakim bukan kes ditarik Pendakwa Raya. 

3. Ahmad Maslan (2 pertuduhan).

Jawapan: Kes Ahmad Maslan digugurkan selepas dia bersetuju bayar kompaun sebanyak RM1.1 juta. 

4. Zahid Hamidi (40 pertuduhan).

Jawapan: Hakim membebaskan Zahid Hamidi dalam kes 40 pertuduhan rasuah berhubung sistem visa luar negara (VLN) kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. 

5. Azeez Rahim (9 pertuduhan).

Jawapan: Kes ini dibebaskan ketika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Tapi kes ini pun hakim yang bebaskan Azeez Rahim selepas membenarkan notis usul yang difailkan oleh peguam Azeez Rahim. 

6. Shafee Abdullah (2 pertuduhan).

Jawapan: Shafee Abdullah dibebaskan oleh hakim selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie

Jadi, Semua 101 kes terhadap pemimpin-pemimpin Umno ini tidak sama dengan pertuduhan 47 kes Zahid Hamidi yang dilepaskan selepas pendakwaan membuktikan prima facie dan kes telah dibicarakan selama 4 tahun dan lebih 40 orang saksi telah dipanggil. 

Terimalah hakikat kerajaan madani, dari kerajaan bebas rasuah kepada kerajaan membebaskan perasuah. 

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 8/9/2023

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02Nm8y7sy155r7oRu356sxQzkm6TXM8jBmzbNRcSD4kvsrX7vMG2qLNVXfV6HX2gRXl&id=650875906&mibextid=ZbWKwL 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -