Apa GLC Terengganu terjemah CSR kepada rakyat?

- Advertisement -

PERNAH saya sebut di dalam beberapa program yang dihadiri sebelum ini bahawa urus tadbir anak syarikat yang baik akan mampu menterjemahkan Corporate Social Responsibility (CSR) yang lebih banyak kepada masyarakat di negeri ini.

Terengganu Inc dan anak-anak syarikat kumpulan telah banyak memberi sumbangan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk insentif.

Antara yang telah disumbangkan oleh Kumpulan Terengganu Inc;

1. RM1 juta penajaan 10 pelajar tempatan daripada keluarga B40 untuk program ‘YT-TI Young Talent Scholarship Programme’, hasil tajaan Terengganu Inc, TDM Berhad, Golden Pharos Berhad (GPB), GPQ Sdn Bhd, TI Properties Sdn Bhd, Chicken Cottage Limited dan Permodalan Terengganu Berhad (PTB).

2. RM300,000 dilaburkan dalam usaha sama bersama UniSZA Islamic Investment Project.

3. RM200,000 disumbangkan oleh EPIC Berhad kepada Yayasan Diraja Sultan Mizan bagi program akademik.

4. RM110,000 disumbangkan kepada ‘National STEM Association Chapter’ untuk program STEM.

5. RM2.06 juta untuk air percuma bagi surau dan masjid seluruh Terengganu oleh Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU).

6. RM1 juta untuk sumbangan tablet di bawah inisiatif BERKAT 2021.

7. RM1.6 juta disumbangkan dalam Krisis Air Berangan.

8. RM600,000 bagi Program Komuniti Ibu Tunggal di 32 DUN oleh including EPIC, SATU, GPB, Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd (LRTSB), GPQ Sdn Bhd, TI Properties Sdn Bhd dan Permai Hotel Kuala Terengganu.

Jutaan Ringgit diberikan melalui penajaan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Terengganu Football Club (TFC), NGO dan agensi lain. Kumpulan Terengganu Inc turut aktif memberi sumbangan kepada dalam dan luar negara yang ditimpa bencana.

Inilah yang saya selalu maksudkan bahawa rakyat akan dapat manfaat apabila anak-anak syarikat peroleh keuntungan. Alhamdulillah.

YAB DATO’ SERI DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Menteri Besar
Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 22/8/2023

- Advertisement -
- Advertisement -