Model baharu ekonomi Malaysia: Syahir cadangkan keberkatan 

Syahir mempersoalkan bagaimana ekonomi dan politik negara yang stabil boleh dicapai jika kerajaan pada masa ini tidak mempunyai kepimpinan yang kuat. (FOTO: HARAKAHDAILY/Ikmal Emir)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Nilai keberkatan ialah puncak utama dalam model baharu ekonomi yang dicadangkan untuk masa depan Malaysia.

Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman berkata, asas utama dalam ekonomi ialah bersifat keberkatan.

- Advertisement -

“Ini merupakan perkara yang perlu diberikan keutamaan dalam ekonomi negara ini,” katanya dalam pusingan keempat atau kesimpulan debat ekonomi, Model Baru Ekonomi Malaysia di studio Radio Televisyen Malaysia (RTM) Angkasapuri, di sini, hari ini.

Beliau menegaskan bahawa untuk membina ekonomi sedemikian mestilah mempunyai dasar dan hala tuju yang jelas.

“Jadi, apa yang saya ingin kejar ialah ekonomi yang paling stabil dan juga politik yang stabil.

“Namun, bagaimana ingin mencapai sedemikian jika kerajaan pada masa ini tidak mempunyai kepimpinan yang kuat?” soal beliau kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

“Pentingnya dasar yang jelas dalam membina negara yang mempunyai ekonomi dan politik yang stabil,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/8/2023

- Advertisement -