Kesan ringgit jatuh terhadap import, eksport

Helmi Ibrahim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kesan kejatuhan mata wang Ringgit Malaysia memberi kesan terhadap sektor import dan eksport negara.

Setiausaha Majlis Ekonomi Halal, Dr. Helmi Ibrahim berkata negara pada masa ini terpaksa mengimport barangan dalam jumlah yang lebih banyak daripada mengeskport.

- Advertisement -

“Antara barangan utama yang sering diimport adalah makanan, barangan mewah, dan bahan binaan selain daripada alatan elektronik,” katanya.

Beliau menyatakan negara kini bersifat terlalu bergantung kepada kepada industri minyak dan gas dalam melakukan kegiatan eksport.

“Ini memberikan kesan yang buruk kepada ekonomi memandangkan minyak dan gas sentiasa mempunyai ketidakstabilan turun naik harga dalam pasaran.

“Ini menyebabkan syarikat-syarikat multinasional juga menghadapi kerugian sehinggakan mereka terpaksa menutup pelbagai kilang dan ini yang menyumbang kepada kekurangan kegiatan eksport negara kita,” jelasnya.

Beliau menyatakan perkara-perkara tersebut telah menyumbang kepada kekurangan permintaan ringgit dalam pasaran dunia.

“Maka, pihak spekulator mata wang dalam kegiatan jual beli matawang (FOREX) akan kurang berminat beli RM kerana indikator dagangan yang menunjukkan kekurangan aktiviti eksport Malaysia,” ujarnya.

Beliau menyatakan sedemikian berdasarkan pengalaman yang pernah terlibat dalam transaksi FOREX dan mempunyai Sijil Berdagang Pasaran Komoditi Malaysia yang diperoleh dari Bursa Malaysia.

“Bila kurangnya jual beli dalam RM maka duit kita jatuh disebabkan oleh ketidakstabilan turun naik nilai matawang tersebut, ini menyebabkan jumlah perdagangan (volume) tidak menguntungkan.

“Maka, Bank Negara Malaysia (BNM) pun tidak akan berani untuk melabur dalam FOREX sebab kekurangan dana dan mereka sendiri kurang yakin pasaran dunia akan bertindak positif terhadap mata wang RM,” katanya.

Menyentuh tentang  keadaan ekonomi semasa negara, beliau mengakui ia kian  menjadi lemah akibat daripada pengamalan ekonomi terbuka yg terdedah kepada pelbagai manipulasi dan spekulasi.

“Apa yang patut Perdana Menteri lakukan ialah menampilkan keyakinan kepada semua pihak dengan menampilkan Pasukan Teknokrat Ekonomi yang ada akses berkala untuk memberikan sebarang pandangan,” katanya.

Sebagai rekod, menurut laporan Forbes mengenai pertukaran nilai mata wang setakat hari ini, Khamis (5 Julai), nilai RM adalah masih di paras RM4.66 berbanding 1 Dolar Amerika. – HARAKAHDAILY 6/7/2023

- Advertisement -