Ribuan anak muda laung ‘kerajaan klu klek’

- Advertisement -

KOTA BHARU: Ribuan anak muda senada melaungkan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai kerajaan ‘klu klek’ (flip flop) yang cakap tidak serupa bikin.

- Advertisement -

Mereka menyambut istilah flip flop yang diterjemah dalam dialek Kelantan selepas disebut Setiausaha Agung PERIKATAN NASIONAL (PN), Dato’ Seri Hamzah Zainudin kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) sering mengulangi pembohongan.

Katanya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang turut melibatkan Barisan Nasional (BN) tidak mampu mengurus ekonomi negara dengan baik sehingga Ringgit jatuh secara berterusan.

“Ketika berada di barisan pembangkang Anwar menyifatkan kerajaan sebelum ini lemah sedangkan ketika itu Ringgit hanya jatuh sedikit. Sedangkan apa yang berlaku sekarang Ringgit lebih teruk merudum.

“Rakyat pula berdepan dengan masalah dihimpit tekanan kos sara hidup yang tinggi,” katanya pada ceramah Himpunan Ppakat Pertahan dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional Kelantan, di Dataran Warisan malam tadi.

Beliau juga berkata, selama 17 bulan PN memerintah negara dalam suasana wabak pendemik Covid-19, namun masih dapat menguruskan negara dengan baik termasuk memberi keselesaan hidup rakyat.

Debaliknya kata beliau kerajaan hari ini seperti tidak ada polisi yang jelas bagi mengurus ekonomi negara.

“Saya ingin memaklumkan kepada PM kalau kamu tidak reti menguruskan ekonomi, rakyat akan buat perubahan dan akan menentukan supaya kalian turun dan digantikan dengan pemimpin PN,” tegas beliau dengan nada bersemangat. – HARAKAHDAILY 25/6/2023

- Advertisement -