Tidak mengundi padah Melayu hilang kuasa politik

- Advertisement -

KOTA BHARU: Orang Melayu hendaklah membuang sikap tidak acuh terhadap tanggungjawab mengundi kerana ia akan direbut peluang oleh kaum-kaum lain.

- Advertisement -

Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sikap tersebut boleh mengundang padah apabila orang Melayu kehilangan kuasa politik di negara sendiri.

Katanya berdasar kepada hukum fiqh tanggungjawab mengundi adalah fardu ain bagi setiap penduduk sesebuah negara.

“Kalau kita tidak keluar mengundi, kaum lain akan menentukan kuasa politik di negara kita. Ia menyebabkan kita hilang kuasa politik.

“Kitab fiqah menuntut setiap orang Islam perlu menunaikan tanggungjawab mengundi bagi memastikan kerajaan yang dibentuk melaksanakan perintah agama,” katanya pada Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN di Dataran Warisan malam tadi.

Ribuan rakyat Kelantan membanjiri lokasi program sejak Asar yang bermula dengan program santai anak muda dan himpunan antara kaum pula diadakan di Dewan Jubli Perak MPKB BRI.

Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata, ada dalam kalangan kita pergi menunaikan umrah ketika hari mengundi, sedangkan tuntutan mengundi wajib bagi setiap Muslim.

Beliau juga menyarankan setiap petugas pilihan raya PN mendekati penyokong Umno yang tidak senang dengan tindakan presiden parti itu yang sanggup bekerjasama dengan kerajaan campuran yang terdapat parti yang memperjuangkan Malaysian Malaysia. – HARAKAHDAILY 25/6/2023

- Advertisement -