Ppakat Pertahankan

Ahmad Fadhli Shaari
- Advertisement -

Kelantan ini bumi bertuah
Bumi berkat hasilnya berbuah
Ulama cekal agamanya tersendi
Rakyatnya setia mengenang budi.

- Advertisement -

Pusaka perjuangan zaman-berzaman
Dengan Islam kita berteman
Takkan diubah walau ditekan
Kitalah generasi pewaris perjuangan.

Usah digadai negeri ini
Kepada pakatan perompak pencuri
Yang menabur manisnya janji
Yang mencuri berkendi-kendi.

“Minyak turun jika jadi Perdana Menteri”
rupanya yang turun ialah mata wang sendiri
Royalti minyak janganlah dimimpi
Perut pencuri perlu diisi
Apalah sangat hak rakyat sendiri?

Katanya akan memerangi rasuah
Rupanya pencuri juga yang bertuah
Dilantik menjaga periuk nasi ummah
Rupanya-rupanya diambil isi ditinggalkan kuah.

Katanya akan berlaku adil saksama
Rupanya adil itu untuk penyokongnya sahaja
Saksama itu mainan kata-kata
Itulah hakikatnya hipokrit di puncak kuasa.

Mari kita pertahankan negeri
Jangan dibiar menangnya pencuri
Jangan juga pemungkir janji
Pusaka Tok Guru kekal di hati
Kita pertahankan ke akar umbi.

FADHLI SHAARI
Dataran Warisan, Kelantan. – HARAKAHDAILY 25/6/2023

- Advertisement -