Aidifltri Harakah 2023, utuh rapatkan ukhwah

Sebahagian kakitangan Harakah dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 anjuran BAKKAH di Kuala Lumpur pada hari ini, 17 Mei 2023.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Disambut secara sederhana, namun cukup utuh dalam memberi impak penyediaan ruang bagi merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Itulah aura yang terserlah impak Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Harakah (BAKKAH) khusus untuk kakitangannya pada hari ini, 17 Mei bersamaan 26 Syawal.

- Advertisement -

Bukan sekadar bertujuan mengisi perut semata-mata, apa yang penting majlis sebegini sentiasa berjaya menyerlahkan sifat kekeluargaan sesama warga Harakah.

Dengan cara sebegini, maka ia dapat memupuk budaya kerja yang sentiasa sihat dan positif yang melambangkan tali persaudaraan sesama Islam.

Antara juadah lazat Majlis Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 Harakah.

Sememangnya penting untuk sentiasa mempunyai jalinan ukhwah sesama warga Harakah termasuklah antara bos dan kakitangannya sebagai sebuah keluarga besar dalam sesebuah organisasi yang bersifat Islamik ini.

Dalam majlis tersebut, kakitangan Harakah dihidangkan dengan pelbagai juadah raya termasuk lemang, rendang ayam, bersama nasi impit serta kuah kacang, laksa penang, kuih-muih, buah-buahan, dan tidak ketinggalan kek sambutan hari lahir yang meraikan hari jadi beberapa kakitangan yang jatuh pada bulan Januari hingga Mei.

Beberapa kakitangan Harakah turut diraikan dengan acara potong kek sempena hari jadi masing-masing.

Namun, apa yang membuatkan majlis ini cukup istimewa apabila turut dihidangkan ialah koktel khas hasil air tangan kakitangan Harakah sendiri sebagai menu minuman utama.

Semoga majlis ini dan majlis-majlis seterusnya yang bakal diadakan pada masa hadapan diberkati Allah SWT, agar ia berterusan mampu merapatkan ukhwah kakitangan Harakah agar kekal utuh. – HARAKAHDAILY 17/5/2023

- Advertisement -