PAS prihatin kebajikan rakyat berlainan agama

- Advertisement -

SANDAKAN: Walaupun PAS menjadikan Islam sebagai tunjang perjuangan, namun kebajikan rakyat yang berlainan agama dan bangsa tetap diberi perhatian.

- Advertisement -

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid berkata, Islam menuntut keharmonian hidup rakyat pelbagai agama dan bangsa.

“Situasi itu dapat kita lihat di Kelantan dan Terengganu, di mana rakyat pelbagai bangsa bebas mengamalkan agama masing-masing tanpa sebarang sekatan.

“Begitu juga di Sabah PAS sentiasa menjalinkan kerjasama dengan penduduk pelbagai kaum dan agama,” katanya pada program Sinar Kasih Aidilfitri di Dewan Serbaguna Kampung Batu Putih hari ini.

Hadir sama Adun Lantikan Sabah Dr Aliakbar Gulasan, Ketua Muslimat PAS Sabah Norsah Bongsu, Yang Dipertua PAS Libaran Abdul Wara Mohammad, Ketua Bahagian Bersatu Libaran Yunus Nordin dan Ketua Pemuda PGRS Sungai Sibuga, Henry Hamdan.

Sahar juga berkata, PAS memfokus bagi memperkukuhkan hubungan silaturahim bersama rakyat melalui pelbagai program termasuk sambutan Hari Raya.

“Mengukuhkan silaturahim sangat penting. Ia juga secara tidak langsung supaya orang ramai dapat mengenali PAS dengan lebih dekat lagi tanpa sebarang prejudis,” ujarnya.

Sempena program Sinar Kasih Aidilfitri PAS Sandakan turut meraikan 63 asnaf dari Kampung Batu Putih dengan pemberian sumbangan berupa pek barangan dapur. – HARAKAHDAILY 17/5/2023

- Advertisement -