Bahaya teknologi: Perintis AI Google letak jawatan

Geoffrey Hinton telah meletakkan jawatan di Google dan kini memberi amaran tentang bahaya teknologi AI yang digunakan oleh aplikasi seperti ChatGPT. (FOTO: AFP)
- Advertisement -

WASHINGTON: Seorang saintis komputer yang digelar ‘perintis kecerdasan buatan (AI)’ di Google telah meletakkan jawatan untuk mendedahkan kepada masyarakat umum tentang bahaya teknologi tersebut.

Geoffrey Hinton yang mencipta teknologi asas untuk sistem AI pada tahun 2012 bersama-sama dan dua pelajar siswazahnya di Universiti Toronto, memberitahu The New York Times bahawa kemajuan yang dibuat dalam bidang itu telah menimbulkan ‘risiko yang mendalam kepada masyarakat dan manusia’. 

- Advertisement -

“Lihatlah bagaimana ia lima tahun lalu dan bagaimana keadaannya sekarang. Beza dan sebarkannya. Ia menakutkan,” katanya.

Hinton berkata bahawa persaingan antara gergasi teknologi mendorong syarikat gergasi itu untuk mengeluarkan teknologi AI baharu dengan tergesa-gesa sehingga mempertaruhkan etika pekerjaan dan menyebarkan maklumat salah.

“Sukar untuk melihat bagaimana anda boleh menghalang ‘orang jahat’ daripada menggunakannya (teknologi AI)  untuk perkara yang tidak baik,” tambahnya. 

Pada tahun 2022, Google dan OpenAI – pemula di sebalik chatbot AI popular, ChatGPT  mula membina sistem menggunakan jumlah data yang jauh lebih besar daripada sebelumnya.

Teknologi ChatGPT boleh membantu dalam pencarian maklumat dan data, namun ia berpotensi untuk memberikan maklumat yang salah dan bias. – HARAKAHDAILY 3/5/2023

- Advertisement -