Ramalan suhu sejuk, hujan batu di Saudi

Musim bunga di Arab Saudi pada tahun ini akan dicirikan oleh hujan yang berterusan sebelum surut dalam ribut debu yang biasanya aktif pada musim tersebut. (FOTO: Saudi Gazette)
- Advertisement -

JEDDAH: Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) Arab Saudi meramalkan penurunan suhu minimum ke paras sejuk di wilayah utara Tabuk, Al-Jouf, Sempadan Utara; selain hujan batu dari esok, Sabtu (29 Apr)  hingga Isnin (1 Mei).

- Advertisement -

NCM dalam satu kenyataan berkata musim bunga tahun ini di Saudi terutama di kawasan tersebut akan mempunyai suhu antara 6 hingga 10 darjah Celcius, lapor Saudi Gazette.

“Ia akan dicirikan oleh hujan yang berterusan akan surut dalam ribut debu yang biasanya aktif pada musim bunga,” ujar kenyataan itu.

Ramalan NCM juga berkata  bahawa musim panas akan datang di Saudi akan berlaku selepas sebulan dari sekarang, dengan peningkatan beransur-ansur dalam suhu, terutamanya di Wilayah Timur dan kawasan pantai Laut Merah. – HARAKAHDAILY 28/4/2023

- Advertisement -